Wednesday, December 30, 2009

Sani Express - Excident

  • First of all, salam takziah buat keluarga kemalangan bas 2 tingkat [Sani Express] yang berlaku baru2 ni. Diharap, semuanya tabah menghadapi dugaan mcm ni. Segala yang terjadi adalah ketentuan Qada & Qadar. Percayalah, setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Al-Fatihah buat mangsa2 yang telah terkorban.
  • Apa yang nk aku share kt sini, tak ada niat nk lukakan atau guriskan hati sesiapa. Hanya pandangan aku sebagai seorang pembaca akhbar dan jugak penulis blog. Byk feedback yang aku dengar dari pihak berkuasa, pengerusi, presiden mahupun setiausaha sesebuah organisasi yang berkaitan dengan pengangkutan awam dan jugak dari org2 perseorangan, berkenaan dengan kemalangan bas baru2 ni yg telah mengorbankan 10 penumpang. Harus difahami, ajal dan maut ketentuan Tuhan. Itu yg pertama sekali, yang perlu kita faham dan sedar. Alasan kedua, ketiga dan seterusnya...baru la korang2 sekalian boleh letak apa jugak alasan2 yang korang rasa nk letak.

  • Gambar kemalangan bas setingkat [adalah contoh semata2.]

  • Kematian dan kemalangan, korang boleh elak dalam bentuk apa pun yang korang nk cuba utuk elak, kalo ditakdirkan kematian dan kemalangan berlaku pada hari tu, maka ianya tetap akan berlaku. Maksudnya kat sini, JANGAN menunding jari kepada sesiapa atau sedaya upaya utk menyalahkan keadaan, besi, simen, bongkah, penghadang jalan dan sebagainya. Apa yang penting, muhasabah diri percaya kepada Qada & Qadar.

  • Contoh bas 2 ringkat yang terlibat dalam kemalangan tempoh hari.

  • Dalam berita TV atau akhbar, bila di interview org2 ni, byk jawapan yang diberi atau dikeluarkan dari mulut..semuanya diaorg lafazkan tanpa buat 'homework' dulu. Main hantam, kalo rasa nk kuar dari mulut, terus kluar. Kalo rasa nk sebut terus sebut. dah tak sempat nk mengeja lagi dah...laju jer buat statement. Lepas tu, banyak statement yang nahhhhh!!! menunding jari pada pemandu bas. Org yang pertama kna maki hamun bila bas excident, of course pemandu bas lah kan! X kan nk salahkan makcik yang sapu sampah tepi jalan plak kn? Bila ckp mcm nie, semua nya setuju. Tp tak pikir, betul ker pemandu bas tu salah? Tak siasat, terus menunding jari.

  • Ada jugak statement paling lucu kluar...Excident sbb 'salah' highway..Dahhh!! Highway plak dipersalahkan. Buat highway lurus, salahkan org yg buat highway tu lurus sgt. Sbb kalo highway lurus, cepat ngantuk. Buat highway bengkok salahkan plak org yg buat highway..sbb bengkok sgt. Kalo x dibuat highway terus, lagi la ntah apa2 statement yg kuar.

  • Ada yg kuar statement, bg tau bas dua tingkat tak sesuai digunakan untuk pengangkutan awam kat Malaysia dan untuk jarak jauh...Rasa2nya la kan, bas 2 tingkat ni baru lagi dalam sistem pengangkutan awam kat Malaysia ni. Kurang dari 10 years rasanya. Baru sekrunk ni jugak aku tgk, bas2 2 tingkat ni makin bertambah. Bukan ker sebelum2 ni yang paling byk excident meragut nyawa ni, datangnya dr bas setingkat? Kalo dikira, dua tiga kerat jer bas 2 tingkat ni excident. Pendek kata, jarang betul kita dengar. Tapi, ada yg propa, bg tau bas dua tingkat ni selalu excident. Tak kan Malaysia x boleh nk terima pembaharuan dalam pengangkutan awam kot? Nak berada di tokok lama ker? Tak salahkan kalo ada pembaharuan?
  • Okey, statement yang paling byk aku dengar dr org2 ni ialah, "hentikan perkhidmatan bas lepas pukul 12"....Aku hanya akan setuju benda ni dilaksanakan kalo org2 ni bg alasan sebab munasabab yang kukuh!!
  • Dia org ckp ikut sedap jer kan...tu yang aku kata td, buat statement x 'belajar' dulu..Kenapa aku kata mcm tu? Okey, let say, bas x leh beroperasi dh lepas pukul 12 mlm...then contohnya, perjalanan dr KL ke Kelantan..[walaupun aku x pernah nek bas lg utk ke Kelantan, tp aku tanya kwn aku...perjalanan dia 8 jam]..Cuba bayangkan, kalo 8 jam perjalanan...Untuk elak bas berada kt jalanraya atau bas tu kena smpai kt Kelantan sebelum 12 tgh mlm...Bas tu kena bertolak dr KL paling lewat jam 5 petang..Meaning, jadual bas everyday..Jam terakhir bertolak pukul 5 ptg, dengan harapan smpai ke destinasi sebelum pukul 12pm. Sungguh tidak flexsibel. Mana2 bas yang tak sengaja delay atau terbertolak lewat, memasing rushing nk smpai jugak sblm pukul 12..rushing punya rushing, last2...kemalangan maut yang lebih ngeri lagi berlaku. Yer la, pemandu kena make sure smpai before kol 12, kalo tak nti kena saman atau kena tindakan undang-undang atau kena tindakan tatatertib sebab dh melanggar arahan perjalanan. Sebelum ni, pemandu2 bas tak pernah terikat dengan sebarang masa atau jadual untuk smpai ke destinasi...tapi bila dah diikatnya dengan peraturan baru ni, pemandu pun dh biol...Atau, kalo sesebuah bas tu nk smpai ke Kelantan lagi 4 jam...sedangkan jam lagi 10 minit nk pukul 12 tgh mlm...nk kena ada sistem transit plak ker? Meaning, pemandu dan penumpang kena transit kt highway hotel [kalo ada hotel] dan kos perjalanan plak meningkat sbb x penah2 g kelantan kena transit. Atau bas kena berhenti tepi jalan and tido dlm bas..Boleh nmpak nanti, bas beratur di tepi jalan, sbb kena hentikan perjalanan..Kalo aku, bek aku naik flight jer. Setimpal dan berbaloi2.
  • Okey, kalo kata bas dh x leh beroperasi lepas kol 12 tgh mlm...nk start nya perjalanan semula for the next day tu, pukul berapa plak? pukul 4pg, 5 pg, 6 pg?
  • Org2 yang mencadangkan benda ni tak pikir ker? Katalah dikuatkuasakan peraturan baru ni, terpikir tak korang..yg bas2 ni semua akan berebut keluar ke destinasi masing2 pada waktu siang...dan akan mengakibatkan lebih banyak bas dijalanraya pada siang hari...dan akan mempertingkatkan kadar kesesakkan jalan raya yg lebih teruk...walaupun skrunk mmg dh teruk giler babeng [kat KL la kan]...
  • Bila dah adanya peningkatan kesesakan, dalam masa yang sama...akan ada peningkatan kemalangan..kalo x caya boleh try tengok.
  • Then, kalo excident jugak..nk salahkan pemandu bas lagi ker? Tak pun, kluar complain baru plak, bg tau...bas x sepatutnya kluar serentak hari siang..sbb sesak jalan raya..kena bertolak mlm....ermmmmm, mcm2.
  • Tau tak apa conclusion nya? Benda kalo nk jadi..x kisah siang ker mlm ker, pagi ker petang ker? highway lurus ker, rata ker, ada divider besi ker konkrit ker..benda tu tetap akan jadi..
  • Apapun, kita sebagai manusia hanya boleh merancang...segala-galanya Tuhan yang tentukan. Yang penting ada kesedaran diri dan boleh berfikir dengan waras, pastikan diri sentiasa bertindak dengan betul, cukup tido, tak makan dadah waktu memandu, tak gaduh ngan bini sebelum gi keje dan yang akhir sekali, bertawakal kepada ALLAH. Kalo jadi jugak, itu adalah takdir.
  • " Jika ALLAH sudah berkata 'Kun Fayakun', jadilah, maka terjadilah ia. Maha Suci ALLAH, yang ditangan-Nya segala kekuasaan, kepada-Nyalah semua urusan dikembalikan" [Surah Yaassin 82:83] :- Renung-renungkan dan selamat beramal.

Thursday, December 24, 2009

Not FEELING Well

  • Ermm..lately ni..tahap kesihatan agak kurang memuaskan. Dengan cuaca kt KL yang sekejap panas, sekejap hujan, sekejap berjerebu..effected nyer kita ni. Hari ni dah nk dekat seminggu aku kena batuk2. Ubat nya dh abeh, tp batuknya bukan nk reda..tp bertambah teruk. Sampey sakit jugak la kepala aku ni, sbb aku dh lepaskan batuk yg kuat, rasa cm bergegar otak ni.. :)

  • Last week, aku g jumpa doc..Nak amik ubat batuk dengan mc sekali..Aku pikir, dah alang2 kat klinik, nk mintak doc tu check blood presure aku. Al-kaedahnya dalam bulan Ogos, Sep, Oct hari tu..Sekali dalam setiap sebulan tu, aku ada check blood presure aku, dlm 3-3 kali tu jugak, bacaan bawah dia kurang memuaskan yakni atas 90++. So, doc ada ckp..bacaan tu kalo untuk umur aku yg masih muda ni..x memuaskan lah..So, doc sarankan aku bersenam n jaga badan [mmg mls pun nk bersenam]. Sbb katanya..kalo dibiarkan, takut penyakit lain dtg.

  • So, yang kisah last week aku g check lagi sekali..Aku bg tau doc, before tis aku check..bacaan dia selalu up to 90++...So doc check laa...kan! Pastu, doc tgk muka aku, then dia tanya yg "sblm ni reading dia mmg up to 90 ker?" aku ckp "yer la"..Pastu doc, x puas ati..dia suh aku rehatkn diri kejap n tarik nafas panjang2..[aku pun terpikir..aper ker hei nyer doc ni?] then, doc check for 2nd time..pastu dia ckp.."Dh tahap bahaya ni, skrunk ni bacaan dia 102"........MAK AII!! terkejut beruk aku. Aku ingatkn menerun. Rerupanya makin naik. Cuak jugak dibuatnya.

  • Doc kata, maybe coz of aku x sihat jugak..dengan batuk2 n nk demamnya. That why bacaan dia nek. Dlm masa yang sama, doc suh aku excersice kuarkan peluh and then kurangkan makanan berAji and garam yang berlebihan. So, aku akur...[tp tetap jugak mkn] :) . So, start next week..aku nk mulakan balik, excersice kat KLCC park..kalo hujan,terpksa la g TTFC. Kalo x jog..aku nk main squash..Kuarkn peluh jugak kan! :) Untuk kesihatan diri, kena la buat kn....Sebelum terlambat..hikhikhik.

Thursday, December 3, 2009

Lama...

  • Fuuyohh!!

    Lamer bebenar aku tak update blog aku nie. Kesian plak aku tengok kan blog ni, telah dianak tirikan. Dulu2, kemain lain mengarang panjang berjela2. Apa2pun, sebagai bloggers..x akan dapat lari untuk menekan punat2 di keyboard...menaip sesuatu utuk dicerita atau disampaikan.

    Nak sampaikan sesuatu atau nk bercerita kena ada idea. Kalo x der, mmg x akan kemana lah blog tu.. :) [mcm aku jugak la, hehe]. Actually, aku bukan tak der cerita. Kalo nk cerita pasallll.....isu semasa? peribadi? kisah org tu, kisah org ni? mmg la byk. Cuma aku x der masa jer. Lagi satu masalah aku, kt umah aku x da connection 'tenet' lagi. Nak 'naik2'kan tenet...bukan main amik masa...berbulan2 jugak la [sbb aku sendiri :)]

    Promosi kt TV n Radio dh mcm2. Potong sanalah, potong sini lah... [lawak gak dengar lagu potong si potong by P1 tu kan..Mmg makan hati utk org2 yg berkenaan tu]...

    Ermmm, ok lah! aku x cukup masa sebenarnya nih..nk balik dh, sbb skrunk kt office lagi. Penat, nk balik mandi, rehat & tido...

Monday, August 3, 2009

Haram Punya Perhimpunan...

  • Menyusahkan!! Of course amat-amat menyusahkan!
  • Dah tak tau apa nak jadi dengan masalah politik kat Malaysia nie. Bosan dengan perangai orang-orang yang kononnya bijak pandai tapi bertindak macam orang yang tak pernah belajar. Bosan dengan sikap dan perangai orang-orang yang suka amik kesempatan ada sesuatu yang berlaku. Nama jer YB wakil untuk setiap Parlimen, Kawasan, Daerah dan mana-mana lagik tempat yang berkaitan. Berikrar nk jadi YB untuk menolong rakyat, menyelesaikan masalah rakyat, berkhidmat untuk rakyat dan apa-apa jugak la benda-benda yang baik, konon nya nk buat. Tapi, apa yang berlaku Sabtu ari tu menunjukkan betapa KEHANGSUWANGAN orang-orang nie. Kenapa aku salahkan dia orang? Sebab, dia orang la yang MENGEPALAI segala bala nie semua. Betapa KEPARATnya orang-orang yang menimbulkan suasana huru hara hari tu. Aku tak marah kalo dia orang nk buat protes sekali pun. Hak Asasi Manusia membenarkan sesuatu protes dilakukan, menyampaikan sesuatu KETIDAK PUASHATIAN, MEMBANTAH sesuatu tindakan..tapi ada cara yang betul kalo nak buat. Aku pun, mengamalkan politik yang NEUTRAL. Aku tak pro siapa-siapa. Tapi once kau buat salah, kau berhak untuk di KRITIK.
  • Yang paling memalukan, ORANG MELAYU LUPA DIRI DAN LUPA DARATAN. 99% yang buat huru hara dan masalah di NEGARA sendiri ORANG MELAYU. Orang-orang yang BERKOPIAH, BERTUDUNG litup siap BERPURDAH. MasyaALLAH. MALU!!.malu sangat-sangat. Perhimpunan bertujuan untuk menyerahkan memorandum bantahan menghapuskan ISA. Tapi ada dah jadi? Sampai ker matlamat nak serahkan MEMORANDUM? Tak Sampai!!. Sebab, tujuan utama dan niat orang-orang ni hanya nak buat HURU HARA.
  • Dengan BUAT HURA hara macam tu, dia orang langsung tak pikir masalah orang lain. Yang pergi MENGHURU HARA nya dalam 5,000 JEMBALANG, tapi orang-orang yang telah disusahkan lebih 10,000 MANUSIA. SESAK sana, SESAK situ..BLOCK sana, BLOCK situ. Yang buat protes nya ORANG-ORANG TUA. Tapi yang sedihnya, budak-budak muda MELAYU yang tujuan pergi KL nak jalan-jalan dari KAMPUNG CERUK mana ntah, nak jugak amik kesempatan TIMBULKAN lebih banyak masalah. STUDENT IPT pun, tak kira la A atau S..sama jer. Cadangan aku la untuk student-student yang terlibat, STRICTLY buang terus dari pengajian tanpa diberi pengampuan dan diharamkan untuk dia orang sambung pengajian sampai bila-bila. Sampai mampus pun tak apa. Biar dia orang rasa, cam mana perit nya nak teruskan HIDUP. berani BUAT berani TANGGUNG. BAGI pemimpin yang MENGEPALAI huru hara untuk MANSUHKAN ISA ni, sumbatkan terus dia orang balik dalam ISA untuk seberapa LAMA yang boleh. Sebab kalo dia orang dilepas dari kadang, pastu later-later akan buat balik.
  • Nie pengalaman aku that day.
  • Hari Sabtu, 1 August 2009. Aku keluar dari rumah untuk jemput my Grandmother di hotel penginapan dia kat Jalan Sultan Ismail/Jalan Ipoh. Check out sebab nak balik Kuching flight pukul 6.50 ptg. Jam waktu tu pukul 1.15 ptg. Aku masuk kat Jalan Kuching waktu tu tak ada apa-apa masalah lagik. Keluar dari Jalan Ipoh masuk semula ke Jalan Kuching menghala ke Petaling Street ikut jalan shortcut ke Maidin Pudu. Sepanjang perjalanan, kiri dan kanan memang ramai POLIS. Jalan depan MASJID NEGARA waktu tu pun clear lagi. Dengan HELI nya berlegar-legar. My Grandmother berhajat nak singgah beli beberapa barang sebelum beredar ke KL Central untuk naik bas ke LCCT. Plan untuk naik bas pukul 4.00 petang. Memandangkan masa masih banyak, so kita orang singgah beli beberapa barang, sempat lunch di Pasar Seni dan plan terakhir untuk ke Jalan Masjid Jamek/Jalan TAR untuk membeli barang yang terakhir sebelum bergerak ke KL Sentral.
  • Jam waktu tu pukul 2.50 petang. Dalam kereta di depan Nando's Pudu untuk ke Jalan Masjid Jamek. Masuk ke Jalan Lebuh Ampang, jalan waktu tu dah sesak giler. Masing-masing tak dapat nak bergerak. Yang paling aku risau, minyak kereta dah kritikal..Dalam keadaan sesak, tak mustahil kereta mati tengah jalan. Memang menyesal waktu tu tak beli minyak kereta awal-awal. Kereta bergerak sikit demi sedikit. Jam kat tangan dah pukul 3.05 ptg. Dalam hati cakap, "sempat ni beli barang then terus blah ke KL Sentral" before 4.oo ptg. Last-last sampai jugak dekat Jalan Masjid Jamek berdepan Maidin. Turunkan my Mum dan my Grandmother, aku tunggu dalam kereta, dengan harapan lepas beli barang terus pergi. Malangnya....
  • Sebenarnya, bila aku bawak masuk kereta ke Jalan Masjid India, tu adalah satu musibah. Musibah sebabnya..aku berkereta dan teperangkap kat dalam tu. Bila dah masuk kesitu, hanya ada satu jalan keluar. Persimpangan menuju ke Jalan TAR dh ditutup. Hanya ada satu simpang yang menujuk ke Jalan Sultan Ismail dibukak, tapi jalan tu tak boleh bergerak. KAKI protes, waktu nie dah start berkumpul di depan Sumua House. Polis ada kat sekeliling. Aku dah cuak. Aku pikir..macam mana nk bergerak ke KL Sentral sedangkan tak ada jalan keluar. Jam dah pukul 3.30. Kalo aku menunggu, aku tak rasa akan sampai di KL Sentral pukul 4. And then, tak mustahil flight pun akan terlepas. Plan aku, nak tinggalkan kereta kat Jalan Masjid India and kita orang berjalan ker Stesen Putra LRT Masjid Jamek. Tapi, masalah besarnya dalam tu dah tak ada parking kosong. Jam dah nak hampir pukul 4. Last2 aku call bapak aku yang kebetulan berkerja waktu tu ditempat pun berdekatan jer, mintak dia jaga kereta sekejap sementara kita orang pergi ke Putra LRT Masjid Jamek.
  • Dengan penuh harapan, untuk sampai di KL sentral secepat yang mungkin..aku, my Mum and my Grandma terpaksa berjalan dengan aku terpaksa mengangkat kotak seberat 15kg, my Mum and my Grandma masing-masing dengan beg pakaian semuanya milik my Grandma. Pilihan waktu tu memang dah tak ada..so terpkasa berjalan. Dengan mengangkat kotak yang agak berat, tangan aku dah sakit and lenguh-lenguh, berjalan laju ke Putra Masjid Jamek. Sampai-sampai jer kat situ, satu lagi masalah besar yang kita orang hadapi. Putra LRT ditutup. Aku dah memang cuak, nak pikir and cari idea untuk keluar dari situ. Jalan depan tu semua ditutup. Teksi memag lah tak ada. Kepala aku ligat berpikir nak cari idea. My Grandma dah assume, memang akan terlepas flight. waktu tu pukul 3.50 ptg. Ada lagi ke masa nk ke KL Sentral kalo dah semua jalan ditutup. Last-last aku dapat idea, nak tak nak terpaksa menapak lagi dari Putra Masjid Jamek ke Pasar Seni dengan mengangkat kotak berat tu. Waktu memag dah tak tahan. My Grandma tanya, ok tak? berat tak? Semua aku jawap "ok", "tak berat", semata-mata tak nak my Grandma risau. Kalo hari biasa, memang tak rasa jauhnya..Sebab boleh dikatakan aku memang dah biasa berjalan jauh and dalam area-area tu. Kekadang lunch one hour waktu kerja pun aku berjalan jugak dari Masjid Jamek ke Pasar seni. Cuma kali ni berbeza. Berbeza sebab aku berjalan bawak kotak seberat 15kg, sebab waktu ni perasaan hanya pikir nak dapatkan teksi untuk sampai cepat ke KL Sentral and then waktu ni memang tengah kelam kabut, takut ditinggal flight. Perasaan malu mengangkat kotak besar waktu tu memang dah tak ada. Orang ramai yang tengok. Yer la, sapa tak malu, kotak nya entah bertampal apa2 ntah. Dengan sekejap-sekeja letak kat bahu, sekejap-sekejap dipeluk kotak tu. Aku waktu tu dah macam orang yang mengutip kotak terbuang. Dan aku pun dah macam orang terbuang. Tangan pun sakit sangat-sangat waktu tu. Last-last, sampai jugak kat depan Pasar Seni, aku rempuh jer kesesakan yang sedikit waktu tu, and tak lama lepas tu dapat jugak teksi. Waktu dah dalam teksi tu, aku syukur sangat-sangat. Harapan nak sampai ke KL Sentral dengan cepat. Nasib baik jalan tu tak berapa nak sesak. My Grandma pun dah nampak macam 'cool' sikit. At last..sampai KL Sentarl pukul 4.05. Sampai-sampai jer, teksi drop kat tempat bas tu, my Grandma terus masuk bas and segala keserabutan dan ketandusan waktu tu dah dapat dilepaskan.. :)
  • Kalo tak kerana kaki protes nie, hari Sabtu tu..aku tak akan alami pengalaman mengangkat kotak seberat 15kg sejauh 2km. Sampai sekarang, lengan aku masih sakit and lebam, so siapa nk JAWAP?

Tuesday, July 28, 2009

Geram

  • Pagi ni aku nk luahkan jugak. Sakit hati n geram..Bukan bermaksud nk kurang hajar tapi aku ada hak tok bersuara. Lepas aku luahkan kt sini, baru aku rasa selesa sikit nk buat kerja. Masalahnya, benda ni dh buat spoilkan mood aku pagi2. Jarang sangat mood aku hilang pagi2 gini, biasanya nk tido mlm la baru mood2 x elok tu dtg, sbb ngantuk and nk tido tp x leh lelap, tapi ni lain...GERAM!!

  • Pagi td, on the way pigi kerja, aku tumpang bapak aku. Sebb motor aku tinggalkan kat office. Bapak ckp nk singgah beli minyak dulu. Biasanya aku yg 'bwk' motor tu, so aku singgah la kat PETRONAS Sri Gombak. Masuk jer stesen tu terus ke PAM minyak. Sampai situ, nampak satu motor nie tgh nk isi minyak nyer. Biasanya satu PAM tu ada 2 salur minyak, tapi tempat yang aku berenti ni, satu jer yang boleh guna. So kena la tunggu mamat sorang nie penuhkan tank dia. Waktu tu plak, tiba2 semua PAM tu penuh [time pagi2 gini baru semua kalut nk isi, termasuklah aku]. Then, aku tgk mamat yang nk isi minyak tu x isi lagi, rerupernyer dia baru nk bayar. So extend lagi la masa menunggu. So, aku pusing la kat sebelah..kot2 kosong. Tapi bapak aku dh byrkan kat tempat mamat tu, tapi kena 'Q'..td aku dh pusing sebelah, then aku patah balik kat tempat mamat tu.

  • Elok2 jer mamat tu standby nak belah lepas isi minyak, tiba2 aku nampak sebijik Perdana V6 merapat kedepan kt sebelah aku parking kan motor. [konon dh cukup bagus la pakai V6 nie]..dalam hati aku cakap "something goes wrong somewhere" kejap lagi nie. Bapak aku kat depan dh tgh buat transaksi pembayaran, kiranya anytime aku leh isi. Sebb aku pun dh 'double stand' motor n bukak penutup tempat nk isi minyak n dh pun standby nk angkat 'pistol' tu..TAPI!!!!!....aku dengan heran n pelik, tgk orang tua pakai kopiah bepelikat [baru balik sembahyang subuh agaknya]...kluar dari V6 tu, merapat ke PAM, kuarkan wallet n tarik kredit card, masukkan kredit kad kat PAM, tekan angka giliran DENGAN SELAMBA....Dalam hati aku cakap "what the hells going ON?"..aku nampak bapak aku kat kaunter pembayaran lagi..aku tanya n bg isyarat kat bapak aku, dengan niat bertanya kat PAM belah mana..?bapak aku pun tunjuk guna tangan dia, memberi maksud "PAM yang kau parking tu la bongok.." [eh2, tu aku tambah k]. Waktu tu aku paham isyarat bapak aku, cuma yang aku tak paham isyarat orang tua nie..

  • Then, aku x nk amik masa panjang waktu tu..aku tanya la dengan baik n sopan santun. "Pakcik, kejap yer..bapak saya dh bayar kt depan tu.." Lepas tu!!! nk tau apa orang tua tu cakap? "engkau tak nampak ker aku dah lama menunggu kat situ, n kau main masuk jer"....wahhh aku cakap, orang tua nie dah main kasar. Waktu tu dh mula la, darah gemuruh aku kluar..tunggu masa nk menyembur. Tapi aku pikir dia tua, aku simpan dulu..Dengar dia bebel. Dia cakap "tengok la org dulu, ni main masuk jer..kurang hajar"...ermmmmm, part dia sebut kuang hajar tu la aku x menahan. Bila masa plak aku kurang hajar ngan dia. Kalo dia kata aku potong 'Q' dia, demi ALLAH, aku mmg x perasan n x nampak dia tengah 'Q'..kalo aku perasaan pun, aku akan beranggapan dia bukannya tgh 'Q' kat tempat PAM tu, sebb rasa2nya kedudukan kereta dia yang konon2nya tengah 'Q' tu berada kat PAM belakang. Kalo U'll tgk orang tua nie 'Q' pun, korang x kan rasa dia berniat nk isi minyak kat PAM yang aku tengah parking tu..But the point is, aku mmg x perasan..n then bpk aku pun x nampak kereta tu tgh 'Q' kat situ. Katakanlah aku mmg nampak, buat apa aku nk cari pasal atau nk cari masalah atau nk cari gaduh pagi2. Kalo betul2 aku tau dengan kewarasan dan kesedaran aku yang dia tengah 'Q'..aku x akan potong 'Q' tu and aku akan tunggu turn aku. Sebb, aku x pernah buah mcm tu..especially bab potong memotong nie.

  • Ok, fine! katakanlah mmg aku salah..aku dah potong 'Q'..Dia boleh bertutur secara baik atau kalo dia mempunyai kesabaran yang tinggi, dan tabah..[sebb cara dia dress up tu sikit sebanyak nunjuk keperibadian dia] and then dia boleh [kalo dia nak la, tapi dia x nak] biarkan aku isi dulu minyak tu dengan tenang. Sebb, nk isi minyak motor ni x sampai pun 30 saat. Bukan aku nk isi minyak bas yang dia takut menunggu lama. Boleh jer kalo dia guna kematangan dia untuk bertindak. INI IDAK!!!! nk jugak berebut. Tu la yang aku kesal n geramkan sangat2. Bila lepas dia cakap aku kurang hajar, sedangkan aku x kurang hajar [dengan konon2nya dia kata aku potong 'Q' dia, dia leh kata aku kurang hajar, tu aku mmg x leh terima]..So aku sound la dia balik. "Owhhh yer ker dah 'Q' lama?? mintak maap lah yer....." [dengan nada sinis aku perli dia]..terus dia menyambung bebelan dia kata aku ni x hormat and bla..bla..bla..

  • STOP & WAIT!! ..wait the minute..

  • At the first place, siapa dia aku nk hormat? Mungkin kah sebab dia org tua dan berkopiah? Kalo ikut hidup nie punya rule, mmg kita perlu hormat kepada org yang lebih tua..tapi itu rule..Aku tau mana buruk mana baik. Once orang tua macam tu buat perangai, cakap aku kurang hajar sedangkan aku tak [sebelum aku sound dia laa kan], n then try to provoke n berebut nk isi minyak dengan aku, [mmg lucu la org tua ni, mcm kanak2 nk berebut rebut,langsung x mature] and he also x nak mengalah..so no point aku give my respect to him. Aku punya prinsip senang, fair & lovely..maksud nya..Kalo engkau nak aku respect kau, kau kena respect aku dulu..x kira kau tua atau muda n bangsa apa sekali pun!! itu prinsip aku..Tapi kekadang, aku akan mulakan kata2 baik kat orang, tp org akan kuang hajar..then jgn plak terkejut kalo aku pun sergah lepas tu kan, so pikir la balik salah siapa!!

  • Berbalik pada orang yang konon nya tua nie..dia rasa angkuh sebb dia naik v6, aku naik motor..So, dh kira cukup memberangsangkan and cukup bagus and ckup sempurna la bila ko dah guna V6 tu? tu belum naik BWM x pun MERCEDES, rasanya kalo guna keta ni, dia terus rempuh n langgar jer kot org2 yang dikatanya potong 'Q' tu...Zaman nie, kau pakai la bapak segala kereta sekali pun..ko nk pakai Big Foot, Junk Food, n ntah apa2 lagi keta yang bagi ko dh cukup besar..jawapan nya ADA AKU PEDULI!!! orang x pandang keta kau tu...org nilai kau dr perangai ko macam mana, bak kata Haris.."Sundellll"...

  • Then, aku smbung adengan kat PAM td..lepas jer aku perli dia, n then bapak aku pun nk dtg kat PAM..aku jerit bapak aku dari jauh..aku cakap "CANCEL..x payah isi"..waktu tu bapak aku tau apa berlaku kat PAM tu..Aku dh bengang sangat2. Oleh kerana aku nie jauh lebih muda dari dia, n dia or tua yang perlu sangat dihormat..aku start motor n blah...Aku x jadi la isi minyak kat situ. Aku nk mengalah dengan org tua yang kononnya perlu diberi penghormatan. Waktu aku cakap kat bapak aku suh cancel, aku jerit dr jauh dengan penuh sinis..dia akan terasa. Lagi satu, aku x nk tunggu lebih lama, sebbnya..(pertama) aku x nk bergaduh dengan org tua n x nak menampakkan kat org sekeliling tu yg aku kurang hajar sbb berjawap ngan org tua tu..Seolah2 aku mmg salah. (kedua) aku x nak bapak aku datang kt PAM n masuk campur, last2 kang bertembak guna PAM punya 'pistol' tu..Siapa susah? Mekk jugak kan. Aku pecut tinggalkan org tua yang x sabar2 nk isi minyak nyer..and terus ke kaunter tempat bapak aku berdiri nk bayar minyak. Bapak aku dah bengang. Dia kata napa aku tak cabut jer kad kredit dia tu n lempar kat muka dia..sebb bapak aku ckp "x tau ker org dh bayar" n "kalo betul dia 'Q' aku x nampak pun keta dia"....tgk,bapak aku pun cakap mcm tu :) .. Tak semena2 mamat bangla cashier tu pun kena bambu..bapak aku amik duit balik..huhu [bak kata bangla tu "sya tarak breakfast juga, tp marah ini pagi hari juga kena"]..kahkahak..Tapi waktu tu aku just layan perasaan panas ni, n trus g stesen sebelah. Dh isi minyak pelbagai, lalu stesen PETRONAS tu dengan hati yang x berapa nk puas, aku toleh org tua tu n then masih nampak dia kat PAM tu isi minyak..Tgkla..kalo dia benarkan aku isi minyak pun, dia x kn menunggu bertahun lama nya... "X perla pakcik, pakcik buat sya mcm tu, esok lusa pakcik plak akan kena dengan org lain..." Sekarang nie pakai "cash" jer...

Wednesday, July 1, 2009

Kerojer

  • Udah idak larat nk ngadap database nie hehari..Sumbing dah mata nie ngadap nyer. Tp mau idak mau, kena ler teman hadapi. Udah nama kerojer kan. Tanggungjawap katanya. Skrunk ni masih dalam proses build up lagi, tgh bulan July nie dia punya due utk siapkan rangka. After dah settel pelbagai..baru proses nk masukkan data. Apa2pun x banyak lagi yang tinggal. Skrunk ni pun teman tgh dok perabeh 'report' plak. X boleh buat sekali gus, takut nti sembelit plak anak mata hitam teman nie, kannn..
  • Biasa lah, lepas lunch hour smua org ngantuk, temasuk teman. Yang teman heran nyer, teman idak la lunch lagi..tapi ngantuk jugak. Plan nyer nk makan salad, nk turun beli kat Cold Storage bawah...tapiiii idak ler teman larat nk trun. Dengan kena transit lif nyer...n yang paling teman idak gemor bebenor..tgk manusia ramey bebenor dekat bawah. Ayooo...Crowded ler!. Teman lagi sanggup berlapor dr berhimpin2 dekat bwah nuu. Unless kalo ader yang urgent sajer, baru lah teman menapak turun. Ini udah masuk menguap yang ke 42 kali,huhu.
  • Takat ini la dulu yer, teman nk menghampar tikar kt belakang nie. Nak lelap bentar..[ Boss plak idak lah yer ada, huhu seronok! ]

Tuesday, June 16, 2009

Dah Lama Sangat

  • Hai All...

  • Rasanya dah lama sangat aku x update blog aku. Dah macam2 sarang dah aku tengok hinggap kat sini. Actually sebab yang sebenar-benarnya, aku dah tak langgan streamyx or dengan bahasa yang mudah, kt umah aku dh x da internet connection. Rasanya cukuplah dengan internet yang aku ada dekat office. Masalahnya plak, kat tempt aku kerja ni susah nk log in ke sini. Sebab nya, dia org ni suka block website2 yang dia org rasa x sesuwei utk staff. Tapi kalo dh macam blog nie pun nk kena block, tu aku mmg x paham la.

  • Skrunk ni tgh online kt office, tp aku x pasti kenapa la plak hari ni senang nk log in. So sementara org dh bg permission tu, aku masuk la.. :). Skrunk kerja banyak, tp x da mood nk buat keje. Antara salah satu sebab --> ngantuk.. huhu. Alasan ni mmg dh biasa, hari2 pun akan kluar alasan mengantuk. Tp mmg aku mengantuk. Smlm pun aku balik rumah agak lewat, sebabnya pergi ke rumah one of my fren yg skrunk nie tgh sakit. Mlm smlm family dia buat sembahyang hajat sekali dengan baca yasin, lepak[3x] smpai pukul 1 pg bru smpai rmh. Bila nk bangun keje pg td, Tuhan jer yang tahu betapa malas nya aku nk bangun. Bapak aku dah byk kali ketuk kan pintu bilik suh mandi, tapi jawapan aku tetap "kejap" konon2 nak bagun, tapi x bagun2 jugak. Lumrah lah kan..

  • X perla, nanti aku sambung balik..sebab skrunk ni rest time dh nk abeh. So kena sambung keje semula.. :) till then, see u'll later.