Wednesday, December 15, 2010

Thanks a lot CELCOM, i'm very PROUD with your SERVICE

Gila sakit JIWA aku ngan servis dr CELCOM ni. Kalo aku STROKE, sbb celcom ni la..Boleh didescribe.. every single day, every single month, every single thing keje nk terminate line company yg department kitaorg subscribe. PLEASE la celcom, kok yer pun nk efisen..bukan la efisen dr segi nk potong line org walaupun ada tunggakkan yg sedikit tu..Tp tiap2 yang tertunggak dh disettle byr kot. Akan bankrup ke celcom ni, kalo ada tunggakkan yg x seberapa tu. "Your line is now active. You can start making calls and enjoy uninterrupted service from Celcom. Thank you." -> hangguk ko la!!! x enjoy langsung aku!

This time aku tak tau dh kali keberapa dh line kita org kena terminated becoz of SALAH diaorg yang tak paham arahan. Hantar e-mail nk suruh terminate no lain, habis semua no dia terminate (ada 8 num berdaftar). Bila nk suruh connect balik, dh kita plak nk kena byr re-connection fees and kena amik masa yg agak lama untuk connect balik sedangkan salah diaorg yg suka2 hati disconnect semua no yang tak disuruh. On November, almost everyday keje aku nk cll service centre diaorg nk complain n luahkan isi hati. Yang jadi mangsa org yang menjawap telefon tu la yg nk kena menjawap makian aku. Aku tahu bukan salah diaorg, tapi nasib la...Kalo x nk menjawap, suh la CEO Celcom tu jawap korang punya call..Atleast dia tau apa jadi kt bwh. Yang jadi kt bwh skrunk, x semestinya dia tau. Yg dia tau keuntungan syarikat jer la, yg cebisan2 mcm ni yg setakat celah gigi..idak nyer dia nk amik tau.

Seriously...sekarang ni aku tgh migrain, sbb benda alah ni la. On 18/11/2010 aku cll tanya status akaun, -> kena bar.. ok, kita org byr la cepat2 semua sekali tanpa tinggalkan saki baki yg tertunggak. On 26/11/2010...Ada isu katanya x byr, sedangkan dh byr after 18th yg aku cll td tu. Bila check, katanya ada outstanding lain plak which is bg aku sepatutnya appear dlm bil sebelum ni, tp x da appear kt situ, so bukan salah kitaorg lg. [Byk sgt hidden charges]..Bila dibg tau dh dibyr for certain2 date, jawapannya.."oh yg itu untuk bulan ni, yg itu untuk bulan tu.." hotakk korang, suka2 hati. Bila cll org ni n tanya, jumlah amount dia lain. Bila cll sekali lagi keesokkan hari nyer, jumlah bertambah plak, kalo berkurang x per la jugak...Langsung x consistant. Sistem apakah yg korang pakai? ditahun 1970-an kah korang ni? On 10/12/2010..ada plak lg isu pasal payment....HEYYYYYYYYYY, nk kita org byr berapa puluh ribu juta kat korang baru benda ni nk settle???? Hari tu dapat latest bill untuk kelapan2 akaun, sbb takut kena terminate dengan harapan x akan ada gangguan kena bar lg.

Akhirnya hari ni, 15/12/2010 sekali lagi akaun kita org kena terminated. Jantung aku dh berdegup2 kencang, darah dh naik atas kepala, slow2 aku dial 1300-11-1000 dengan harapan nk check status akaun..Aku dpt complain dr Exe aku yg line x leh pakai. Sekali check, mesin jawap "Sorry, you line is already disconnected, please pay your oustanding payment" JADAH haram diaorg ckp kita org x byr bill..Payment yg kita org buat, melebihi dr sepatutnya.. +ve..... bukan -ve, tp you see.... still kena potong. X PENGSAN korang dengan WORSE service mcm ni. Seolah2 Celcom ada satu mesin, bila dia detect org x byr untuk tempoh lebih 1 minit dr due date..then dia potong. Tp masalah nyer...kita org x da ANY OUTSTANDING AMOUNT ANYMORE, which is kita org dh settle and byr beribu2 lebih drpd amount yg sepatutnya kita org byr.

So td, bila dpt jer aku berckp dngan Customer Service dia, then kena maki la..Bila dia check Akaun, dia sendiri ngaku yg kita org dh byr..TAPI KENAPA POTONG JUGAK, BARAL!!!! Aku suruh check berapa outstanding? Jawapan dia, "x da outstanding" ...TAPI KENAPA POTONG JUGAK, BABI!!!! Aku luahkan segala x puas hati aku, dia membisu seribu bahasa. Tapi, tau tak diaorg...bila dia terminate even untuk seminit, dh menyebabkan kerja2 kita org tertangguh. Tak byr... dipotong, dh dibayar sampai melebihi dr sepatutnya pun dipotong jugak..Apa lagi CELCOM oii?

Sunday, September 5, 2010

Minggu Terakhir Berpuasa

Salam..


Hari ni, lebih kurang 5 hari lagi kita nk sambut Aidilfitri [kalo jatuh hari jumaat la]. X rasa pun, dh nk habis dh bulan Ramadhan. Rasa mcm tak syok plak bila hari2 puasa yg dh kita lalui sebulan ni akan berakhir. Sebbnya, bila bulan Ramadhan ni, aktiviti hari2 terasa mcm meriah, lain dr hari2 biasa. Meriah dengan adanya bazar2 ramadan yg bagaikan "cendawan yg tumbuh selepas hujan". Tempat2 berbuka pun berbeza2. Time puasa gini, kita berpeluang makan ramai2 ngan family, which is kalo hari biasa, kekadang tu x dpt nk makan semeja. Sbb masing2 busy ngan keje n time keje yg x sama. Then bulan puasa jugak, kita berpeluang untuk makan ramai2 ngan kawan x kira kat rumah atau makan kat luar. Alhamdulillah, tahun ni berpeluang lagi untuk get together dengan member, makan di luar. Boleh dikatakan, aku berbuka mengikut giliran dan berselang seli. Sehari di rumah dan sehari di luar. Keseronokkan tu mmg ada, walauun terpaksa kluarkan perbelanjaan lebih sikit untuk berbelanja makan, tp benda tu agak berbaloi.

Today pun berbuka kat Vistana dengan member. Dh plan awl2 puasa lagi. Syukur la, ramai jugak yg join berbuka hari ni. Lepas berbuka dan memasing kekenyangan, kita org nek Star menuju plak ke jalan TAR. Which is, mmg setiap tahun kita org dh amalkan..lepas berbuka kat Vistana jer, kita org akan terus ke Jalan TAR. Lagipun, ni minggu terakhir sebelum tibanya Raya. Sesiapa yang duduk di KL, dan jugak kawasan2 yg berdekatan dengan nya..Kalo sebut Jalan TAR jer, semua org tau..[TAR short form untuk Tun Abdul Rahman]. Jalan TAR ni akan lebih sibuk drpd biasa, bila tibanya Ramadhan & Syawal. For those yang mmg tak tahan dengan kesesakkan, berhimpit dan jugak panas..adalah tak digalakkan untuk datang kat tempat ni. Boleh dikatakan tempat shopping murah yg ekstrem.. :) aku ckp ekstrem sebbnya..kalo time nk Raya jer, tempat ni dipenuhi dengan manusia [lautan manusia la]. Bila berjalan jer, kalo x belaga dengan org lain tu bukan Jalan TAR namanya. Berlaga tubuh badan, bersentuh2han, terpijak kaki org, tersiku org kat kiri kanan dan yg seumpama dengannya. Aku pergi td pun, just stay tempat abang ni jual butang baju melayu, peluh yg melilih dh mcm org yg baru pas mandi yg belum di lap dengan tuala. Berjujuran peluh aku. Panas!.

Sapa2 yg tahap kesabaran yg low tu, x payah la nk dtg. Buat bikin org lain sakit hati. Mcm td, experience aku, ada sorang pakcik yg berkopiah ni. Datang dengan famili agaknya..Dia belakang aku, tp dalam setiap langkah perjalananya diiringi dengan ketidak puas hatian dengan org yg berjalan. Asyik menguluh n merungut, sbb org depan jalan lmbat dan berlaga2. What do u espect? Org x ajak atau x suruh pun datang kat Jalan TAR. Kalo rasa x sanggup kena langgar dan org depan yg jalan lambat, PLEASE..duduk rumah tgk berita kt tv lagi baik. Sebbnya, kalo dia merungut..bikin kecoh n mengeluh..org yg kt depan dia/sebelah dia pun akan sakit hati. Tu la aku kata, kalo rasa x sanggup nk berimpit..lupakan la hasrat murni nk ke Jalan TAR.

Satu lagi, yg aku tgk..Mak2 and Bapak yg ada budak kecik ni. Aku MMG betul2 x paham dengan perangai Mak2 and Bapak2. Petingkan diri dan tak pikir budak kecik dan tak pikir org lain. Sbbnya aku ckp mcm ni..diaorg mcm x da otak untuk berpikir..Pergi Jalan TAR yg penuh dengan manusia dengan bawak budak kecik yg umur baru 4 bulan ke 4 tahun mcm tu. Tau tak yg budak2 tu rasa tak selesa dengan suasana dan keadaan tempat tu. Kalo aku yg budak besar mcm ni leh rimas dan rasa nk balik lebih baik...ni plak budak kecik, yg tak reti nk bercakap kata tak..kena bwk kat Jalan TAR tu, dengan hujan nya lagi...Aku betul2 tak paham. Lepas tu plak, menyusahkan org lain dengan tolak troli budak kat jalan yg tak berapa nk luas tu...tak myusahkan org lain nk jalan ker? Muka2 masing macm toya, wat bodo dan rasa cam x bersalah. BODOH kan! Pikir2 kan lah sendiri....

To Be Continue.

Monday, August 16, 2010

Monday 16th August 2010

  • Salam,
  • Hari ni dah masuk hari ke-6 kita berpuasa. Alhamdulillah, setakat ni x ada apa2 masalah yg boleh menggugat hari2 puasa aku. Untuk bersahur, ada la terlepas 2 kali. Weekend la plak kan..Apa2, moga2 puasa kali nie lebih baik dr puasa tahun2 sebelumnya. InsyaALLAH.
  • Okey, actually bukan nk crita pasal puasa. Tp nk share ngan korang pasal isu2 semasa. First sekali yg aku nk share, pasal berita awl pagi ni ;
  • 1. Kisah bapak yg simbah asid dan terkena kat anak, bini dan jugak mak mertua. Isu nya pasal, si isteri ni berpindah dr rumah sendiri ker rumah mak nya, smntara nk tggu proses perceraian dengan laki dia. Si laki ni plak, bengang..mengamuk dan serang keluarga darah daging sendiri guna asid. Resultnya, si anak melecur teruk di muka, dan berpotensi untuk buta seumur hidup. Bini dengan anak mertua dia plak, cedera juga, tp cedera ringan.
  • Pandangan Aku : Si laki ni dh nekad, dh tak pikir byk kali, dah x ada pertimbangan, bila dh marah menguasai diri...Apa2pun boleh berlaku. Marah sifat setan. Tp time2 puasa gini setan pun dh kena ikat. So, jgn salahkan setan atas tindakan si laki ni, sbb sblm ni mungkin dh biasa mengamalkn gaya hidup setan, dh terlekat dlm diri..end up dia, diri sendiri pun dh menyerupai setan. Sanggup nk bunuh anak bini. Pikir2 kan lah.
  • 2. Kisah last week, laki mengamuk bunuh bini, dan cederakan anak. Ni last week nyer berita. Al kisahnya, si laki ni bangun pagi2..tetiba tendang pintu tendang dinding rumah. Mengamuk katanya. Si bini kluar nk tenangkan si laki, akhirnya kena penampor. Si bini kluar rumah nk mintak tolong, x da plak yg brani nk tolong. Bini masuk dlm rumah balik..bertekak n bergaduh..akhirnya, sibini ni terkulai mati kena ikat dan ditetak. Si anak perempuan berumur 13 tahun, putus 2 jari tangan sbb terkena libasan. Alasan kejadian ni, si laki habis ubat..Sbb si laki ni gila. Last sekali, si laki ni kena tembak dan mati.
  • Pandangan Aku : Kalo dh sebut pasal si laki ni abis ubat..Erm, maksudnya kat sini, org sekeliling si laki tu tau, yg si laki ni berpotensi untuk memudaratkan org2 disekeliling dia, kiranya dia habis ubat, sbb si laki ni gila. So, boleh dikatakan..org yg duduk serumah dengan si laki tu, mesti tau jadual makan ubat si laki tu. Nampak mcm ada kecuaian tok pastikan si laki tu sentiasa dlm keadaan tenang dengan mkn ubat. Kok kata, kalo ubat tu dh abeh, kenaper tak dapatkan ubat tu secepat mungkin, sbb mesti org serumah si laki tu dh tau..risiko kalo ubat si laki tu abis. Apa sebab si laki ni mengamuk, secara tiba2..? Apa2 pun, takziah kepada keluarga malang tersebut. ** Sgt besarlah risiko duduk sekali dengan org gila. Walaupun kita kata org yg tak waras ni x memudaratkan..tp siapa tahu? Apa2 boleh berlaku.
  • 3. Kesian kat mmber2 office pg ni...ramai yang dtg kerja lambat sbb tren rosak, bg yg naik tren lah. Nasib baik la aku pg td tukar pikiran utk tak nek tren. Kalo tak, senasib la terkandas. Kes tren rosak pg2 time org pergi kerja ni, bukan nyer benda baru. Boleh dikatakan setiap minggu/bulan berlaku. Tp apa sebb penyebabnya mmg masih misteri. Aku mmg tak paham dengan sistem pengangkutan awam kat Malaysia ni especially LRT which is tersangat lah WORSE. Nk kata Malaysia nie x maju...org bodo jer yg akan cakap mcm tu. Tp nk ckp apa la agak nya dengan LRT2 nie. Kerosokkan yg selalu berlaku ni, x pernah yg ada nk solve kan ker? Kalo tau ada masalah, kenapa x do something? Kenapa nk biarkan masalah yg ada tu berterusan dan berlarutan. Kata kt Malaysia ni ramai engineer yg power? Do it together to solve the problem, x boleh? Dulu org bising pasal tren x cukup..Bila dh ada tren tambahan dan panjang plak tu...org dh mula tersenyum tersengih sbb suka, masalah yg diaorg hadapi akhirnya diselesaikan. Masalah apa tu? Masalah berimpit2 dlm LRT time nk g keje pagi dan balik keje ptg. Tu la masalah besarnya. Tp, bila dh ada tren panjang dan selesa. Timbul plak masalah lain. Masalah tren yg selalu tersekat sbb maybe sistem perjalanan ada gangguan. Which is benda ni, kalo nk rosak punnnnn bukan la kerap n selalu mcm sekarunk. Malu la sikit dengan pelancong yg dtg. For sure kena label nyer..Malaysia nyer public transport mcm serupa x payah ada pun x apa. Apa yg berlaku ni sbnarnya AMAT2 menyusahkan org. Org berapa ramai yg kluar guna LRT nk pergi keje pepagi...Alih2 tren rosak. Nk kna kluar plak cari altenatif lain nk g keje. Macammmmm....huh. Susah nk la describe. Org atas2 tu, turun la bawah tgk apa berlaku kat railway tu. Ni duduk kat bilik rilex dlm bilik ada aircond, kerusi empuk, meja besar & bilik besar. Apa2 nk intercomm jer..Ada otak pikir la sendiri. Komen lebih kang berdosa n pahala puasa aku pun dh kena cantas. Pikir la bersama keluarga anda. JAUHI RASUAH.
  • 4. Kes buang bayi. Hari2 dapt di dgr kat Tv, Radio n tatap kat papar. Apa nk jadi? Aku x nk komen panjang..cuma menyeru. Dh pandai buat anak, jolok sana2 jolok sini...Kluar bayi, kalo x suka jgn buang. Kalo rasa hina tgk bayi tu, jgn buang. Kalo rasa jijik tgk bayi tu, jgn buang. Sbbnya, bayi tu x tau apa2 n x layak untuk di buang atau dibunuh. Yg patut di rejam dan dibunuh adalah korang2 yg pandai buat anak, yg x tau malu, yg sebenarnya lebih jijik, yg sebenarnya lebih hina dr segala-galanya. Korang x layak hidup kat muka bumi ni. Sepatutnya rejam jer sampai mati. Kenapa perlu nk malu, lepas korang dapat nikmat dan kesedapan buat zina? Kenapa time nk merodok main tu x pikir malu? Sbb dh pikir sedap..Sepatutnya, org2 yg mcm korang ni..kena ambik batang besi panas, then rodok kat tempat mana yg boleh dirodok. Baru padan muka. Aku sokong tindakan kerajaan untuk hukum bunuh bg yg buang bayi. Tak kisah la, bayi tu hidup ker tak. Hukuman tetap mati. Sampai bila kita nk dgr kes2 buang bayi ni makin menjadi. Mcm musim buang bayi plak dh. Especially bulan 7 lepas n bulan 8 ni. Ingatkan durian jer yg bermusim. Kat luar tu, berapa ramai yg x dapat anak dan ingin nk ada ada..tp bukan rezeki diaorg nk ada anak. Yg lain plak, main buang cm tu jer. Kalo x nk anak tu, bg kat siapa2 yg nk sgt anak. Atleast, x da la dosa korang bertambah2. Dh la berdosa merodok2..ni dosa plak membunuh. Apa tahh..Aku dh blur.

Wednesday, February 3, 2010

Jakarta..

Ermm..

27th - 31st January, we'll kt Jakarta.
[Me, Mish, Raja, Saedt, Non, Sha, Calv, Din's & Naiz..]
5 hari 4 malam kat sana, rasa mcm sehari semalam..Sekejap sgt rasanya.
This is 1st time visit to Jakarta for Year 2010.
Byk jugak tempat yg kita org pergi..
Bermula nya perjalanan dengan meeting kat KL Sentral pukul 12.30 a.m [27th Jan]. Sambil tggu masa yang agak lambat nk bergerak tu, isi perut dulu kat McD. Mengantuk osah di kata lah..memang ngantuk giler!.

Naik bas ke LCCT jam 3.00 a.m..Smpat minum pelbagai, sbb nk hilang rasa boring + mengantuk. Tak sangka plak, pepagi buta gini..Orang kat LCCT penuh, mcm disiang hari jugak.

Flight ke Jakarta jam 7.20 a.m.
Smpai Jakarta jam 8.25 a.m [Indonesia time, lambt sejam Malaysia time..Malaysia 9.30 a.m] Amik Kajang [Innova] 2 bijik, langsung ker rumah penginapan [The Kuningan Suites]Penat usah lah disoal lagi..Sesampai jer kat Apartment, tido sampai le kol 2p.m. Kira cm rugi jugak, sbb kita org dh membuang masa dengan tido..Gila tak tido, kalo dh ngantuk.

On 27th tu, kita org pergi ke ITC Kuningan. Aku beli CD movie dengan CD software utk PC.
Then we'll makan nasi padang kat Garuda Nasi Padang..Mmg giler sedap.

On 28th, perjalanan kita org ke Bandung. Naik Innova 2 biji. Terpaksa bergerak awal pagi, sbb kat Jakarta masa tu nk buat reformasi sempena 100 hari pemerintahan SBY. Yang takutnya, kalo2 tersekat dalam kesesakan waktu tu..Sia2 jer hari tu kalo terkandas. Nasib baik x jem. Kita org kat Bandung smpai mlm. Kat Bandung sempat memborong kar Rumah MODE, Pasar Baru, and a few factory outlet yg terdekat ..And sampai kat Jakarta balik jam 10 p.m.

on 29th, Berjalan di Jakarta. Tempat yg kita org explore -> Grand Indonesia. Singgah Zara kat situ, neman member beli sehelai dua kain baju and singgah kat kedai CD yang mmg kita org dtg every time pergi ke Jakarta. Lunch kat situ, singgah Hotel Nikko Jakarta utuk ke butik Polo..berbelanja lagi. After that..Kita org amik teksi untuk ke Blok M dan Pasaraya..Saja nk memenatkan badan.

on 3oth, 1st place tempat yg kita org tuju..Tanah Abang. Oh Tuhan ku. Teramat la sesak bila nk kesitu. Otw kesana, terpaksa berjalan kaki nk ke Tanah Abg. Seb bek x berapa jauh. Sakit jiwa sbb macet ya amat! Aku berbelanja sikit kt sini. Just beli casual shoes 'Converse'. i Like!. Member yang lain, shopping sakan. Uang aku limited..sbb, alkisahnya x dpt nk witdhraw di Indonesia, gara2 aku tak activate kan kad bank aku. Before this aku dh activate, tapi kad bank lain..putih la mata [paden muka] :). Habis di Tanah Abg, kita org bergerak plak kat Plaza Block M..Benda yg wajib kita org buat kalo ke Plaza Block M ni, buat creambath.. Kalo dtg sini tak buat creambath tak sah hidup.. :) sbb murah giler kan. After that, kita org abiskan sisa2 percutian ni sblm nk balik on the next day nya dengan pergi ke Pasaraya. Kat situ, again and again, kita org borong lagi baju Polo..lumayan. And last activiti for that day..kita org lepak mkn2 kat ... sampai pukul 12 tgh mlm. Esok nya on 31st, flight to KL jam 7.30 a.m. Balik dari mkn2, packing beg, lepak2 kejap and jam 3.00 a.m, kita org bergerak ke Seokarno Hatta Airport..Bye2 Jakarta. Will see u again soon..Gambar2 nya akan diupload later, ada problem sikit waktu nk upload.

Monday, January 18, 2010

Arghh..

Ermm..akhirnya, hujan jugak petang ni. Alhamdulillah. Satu rahmat dari ALLAH. Atleast, mlm nie sedap la sikit tido..Harap2 hujan berterusan :)

Actually, petang ni ada aktiviti 'lumba lari'... --> ???
Jogging la.. tapi dicancelkan, dek sebab2 yang tak leh nak di elak kan
kena la pospone esok. Harap2 esok x cancel dh.

Dan sepatutnya, di masa dan ketika ni..aku dah di atas mtor dh sebenarnya..balik umah la..apa lagi. Tapi hujan, kna la stay back kejap. Baju hujan ada, tp kalo redah time hujan lebat gini..serupa x payah pakai baju hujan.

Tengahri tadi, around 1.15pm...my office mate [senior] ajak g The Saujana Subang..Sbb nk buat inspection kat hotel tu..sbb tis friday, company buat meeting disitu. Kena la make sure meeting room and lain2 keperluan in good condition. Belajar dr kesilapan :)

Hari ni jugak, kerja dalam keadaan kurang selesa..sebb, tiba2 selsema. Kalo selsema biasa x per..ni tiba2 jer dh ****us tu dh 'tubik' dr terowong. Memang x selesa. Mlm td, dapat makan pil solubel jer sebelum tido. Tapi, nan-adooo..x berkesan sgt. Rasanya sbb angin kipas tu terlalu focus direct to me waktu aku titon kott..Ni ha, kalo redah hujan, mau nya tak lagi teruk selsema ni..

Nak update isu semasa, byk dlm hotak ni...tp hotak plak tengah tepu dek selsema ni laa..Mcm org hilang ingatan dibuat nya :).

Oklah, takat ni dulu la tok kali ni..Leter on aku continue...


Adiosss, beramboss.

Tuesday, January 12, 2010

Penggunaan Perkataan ALLAH

Bosan nya haii seorang yang bernama aku nihh...Baru petang ni la 'admin' allow server untuk login ke Blog. Tension aku! Berapa banyak dah idea yang aku nk post kn kat sini, semua hilang cm tu jer. By the way..aku create la jugak something kt sini, untuk hari ni.


Peristiwa yang agak panas lately yang aku nk share ngan bloggers and readers..Berkenaan dengan penggunaan perkataan ALLAH oleh Herald Catholic bulan lepas. Dan jugak serangan ke atas rumah-rumah ibadat oleh mereka2 yang tidak bertanggungjawap.


Kalo pasal penggunaan perkataan ALLAH oleh bukan org yang sepatutnya...Aku sememangnya membangkang sehabis dan sekeras2 nya. Dia org [bukan ISLAM] tak ader hak mutlak untuk guna perkataan tu. Hanya orang2 islam jer yang berhak. Tu yang sebetul2nya.


Tapi, apa yang aku nampak, dia org ni [org2 Kristian yg membawa kes ni ke mahkamah] sajer jer nk bakar api kemarahan orang2 Islam. Sebenarnya dia org sedar, apa yang dia org buat, akan menyebabkan orang2 Islam marah. Dia org sedar, kesan dr apa yang dia org buat. Tp dek kerana nk SENGAJA cari penyakit...dia org failkan ke mahkamah untuk fight keputusan KDN dari menghalang dia org untuk gunakan perkataan ALLAH dalam majalah diaorg.


Lepas keputusan tu, apa yang dia org nk betul2 berlaku dan terjadi. Kesannya, beberapa gereja diserang dengan molotov cocktail dan sebuah surau dibaling dengan batu. Benda ni sebenarnya apa yang RAKYAT MALAYSIA takutkan. Apa yang ditakutkan betul2 jugak berlaku. Sedaya upaya rakyat MALAYSIA untuk elak benda2 yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat yang berbilang bangsa. Dah lama dah negara kita ni aman damai dan makmur. Tapi, tindakan Herald Catholic ni sajer nk memporakperandakan keamanan dan kemakmuran yang dh kita kecap selama ni. Boleh kita katakan, kalo berlaku nya hura hara kt Malaysia ni, lepas keputusan mahkamah tu, kita boleh letak sepenuhnya kesalah ni atas kepala orang2 Herald Catholic.


Aku percaya sangat2. X semua penganut Ajaran Kristian menyokong dan bersetuju dengan keputusan mahkamah baru2 ni. Sebenarnya, benda ni tak perlu dibawak ke mahkamah..kalo dia org nak. Dia org boleh request to discuss tentang benda2 ni dengan ketua2 agama kat Malaysia ni. Kalo dah sampai bawak ke mahkamah, nampak sangat dia org ni tak hormat dengan Agama dan kaum lain. Ingat Malaysia ni negara Israel laknatullah tu ker? Boleh suka2 hati korang nk buat mcm ni. Kena ingat! Agama rasmi di Malaysia ialah AGAMA ISLAM. Orang2 Islam sentiasa menghormati agama2 lain..Tp naper korang tak boleh?


By the way, berkenaan dengan serangan ke atas Gereja & Surau tu plak. Pandangan aku la...aku mmg tak setuju. Dengan buat mcm ni, masalah tak boleh diselesaikan. Makin memburukkan keadaan ada la. Orang yang bertindak mcm ni, mmg BANGSAT dan BODO...tindakan org2 ni seolah2 mecerminkan ISLAM ni ganas dan seolah2 orang2 ISLAM setuju dengan tindakan bodo dia ni. Apa yang dirisaukan, kita tak tau siapa dalang perbuatan ni. Takut ada org2 yang sengaja nk me'manas'kan lagi keadaan. Entah2 bukan org2 ISLAM yang buat, siapa tahu? Bila benda ni [serang Gereja & Surau] berlaku...isu yang ada, makin berlarutan. Dah plak nti jadi isu perkauman. Walaupun aku marah dengan orang2 Herald Catholic ni, tapi aku pun x setuju jugak dengan cara keganasan serang2 rumah ibadat. STUPID! Elak kan la dari benda2 ni berlaku pada masa depan. Ada cara lebih baik untuk selesaikan masalah ni. Fikir la secara matang dan profesional. Jaga lah kemakmuran dan keamanan negara kita ni. Negara kita ni ada berbagai bangsa dan agama. Hormat menghormatilah sesama kita kannnn....

Wednesday, December 30, 2009

Sani Express - Excident

  • First of all, salam takziah buat keluarga kemalangan bas 2 tingkat [Sani Express] yang berlaku baru2 ni. Diharap, semuanya tabah menghadapi dugaan mcm ni. Segala yang terjadi adalah ketentuan Qada & Qadar. Percayalah, setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Al-Fatihah buat mangsa2 yang telah terkorban.
  • Apa yang nk aku share kt sini, tak ada niat nk lukakan atau guriskan hati sesiapa. Hanya pandangan aku sebagai seorang pembaca akhbar dan jugak penulis blog. Byk feedback yang aku dengar dari pihak berkuasa, pengerusi, presiden mahupun setiausaha sesebuah organisasi yang berkaitan dengan pengangkutan awam dan jugak dari org2 perseorangan, berkenaan dengan kemalangan bas baru2 ni yg telah mengorbankan 10 penumpang. Harus difahami, ajal dan maut ketentuan Tuhan. Itu yg pertama sekali, yang perlu kita faham dan sedar. Alasan kedua, ketiga dan seterusnya...baru la korang2 sekalian boleh letak apa jugak alasan2 yang korang rasa nk letak.

  • Gambar kemalangan bas setingkat [adalah contoh semata2.]

  • Kematian dan kemalangan, korang boleh elak dalam bentuk apa pun yang korang nk cuba utuk elak, kalo ditakdirkan kematian dan kemalangan berlaku pada hari tu, maka ianya tetap akan berlaku. Maksudnya kat sini, JANGAN menunding jari kepada sesiapa atau sedaya upaya utk menyalahkan keadaan, besi, simen, bongkah, penghadang jalan dan sebagainya. Apa yang penting, muhasabah diri percaya kepada Qada & Qadar.

  • Contoh bas 2 ringkat yang terlibat dalam kemalangan tempoh hari.

  • Dalam berita TV atau akhbar, bila di interview org2 ni, byk jawapan yang diberi atau dikeluarkan dari mulut..semuanya diaorg lafazkan tanpa buat 'homework' dulu. Main hantam, kalo rasa nk kuar dari mulut, terus kluar. Kalo rasa nk sebut terus sebut. dah tak sempat nk mengeja lagi dah...laju jer buat statement. Lepas tu, banyak statement yang nahhhhh!!! menunding jari pada pemandu bas. Org yang pertama kna maki hamun bila bas excident, of course pemandu bas lah kan! X kan nk salahkan makcik yang sapu sampah tepi jalan plak kn? Bila ckp mcm nie, semua nya setuju. Tp tak pikir, betul ker pemandu bas tu salah? Tak siasat, terus menunding jari.

  • Ada jugak statement paling lucu kluar...Excident sbb 'salah' highway..Dahhh!! Highway plak dipersalahkan. Buat highway lurus, salahkan org yg buat highway tu lurus sgt. Sbb kalo highway lurus, cepat ngantuk. Buat highway bengkok salahkan plak org yg buat highway..sbb bengkok sgt. Kalo x dibuat highway terus, lagi la ntah apa2 statement yg kuar.

  • Ada yg kuar statement, bg tau bas dua tingkat tak sesuai digunakan untuk pengangkutan awam kat Malaysia dan untuk jarak jauh...Rasa2nya la kan, bas 2 tingkat ni baru lagi dalam sistem pengangkutan awam kat Malaysia ni. Kurang dari 10 years rasanya. Baru sekrunk ni jugak aku tgk, bas2 2 tingkat ni makin bertambah. Bukan ker sebelum2 ni yang paling byk excident meragut nyawa ni, datangnya dr bas setingkat? Kalo dikira, dua tiga kerat jer bas 2 tingkat ni excident. Pendek kata, jarang betul kita dengar. Tapi, ada yg propa, bg tau bas dua tingkat ni selalu excident. Tak kan Malaysia x boleh nk terima pembaharuan dalam pengangkutan awam kot? Nak berada di tokok lama ker? Tak salahkan kalo ada pembaharuan?
  • Okey, statement yang paling byk aku dengar dr org2 ni ialah, "hentikan perkhidmatan bas lepas pukul 12"....Aku hanya akan setuju benda ni dilaksanakan kalo org2 ni bg alasan sebab munasabab yang kukuh!!
  • Dia org ckp ikut sedap jer kan...tu yang aku kata td, buat statement x 'belajar' dulu..Kenapa aku kata mcm tu? Okey, let say, bas x leh beroperasi dh lepas pukul 12 mlm...then contohnya, perjalanan dr KL ke Kelantan..[walaupun aku x pernah nek bas lg utk ke Kelantan, tp aku tanya kwn aku...perjalanan dia 8 jam]..Cuba bayangkan, kalo 8 jam perjalanan...Untuk elak bas berada kt jalanraya atau bas tu kena smpai kt Kelantan sebelum 12 tgh mlm...Bas tu kena bertolak dr KL paling lewat jam 5 petang..Meaning, jadual bas everyday..Jam terakhir bertolak pukul 5 ptg, dengan harapan smpai ke destinasi sebelum pukul 12pm. Sungguh tidak flexsibel. Mana2 bas yang tak sengaja delay atau terbertolak lewat, memasing rushing nk smpai jugak sblm pukul 12..rushing punya rushing, last2...kemalangan maut yang lebih ngeri lagi berlaku. Yer la, pemandu kena make sure smpai before kol 12, kalo tak nti kena saman atau kena tindakan undang-undang atau kena tindakan tatatertib sebab dh melanggar arahan perjalanan. Sebelum ni, pemandu2 bas tak pernah terikat dengan sebarang masa atau jadual untuk smpai ke destinasi...tapi bila dah diikatnya dengan peraturan baru ni, pemandu pun dh biol...Atau, kalo sesebuah bas tu nk smpai ke Kelantan lagi 4 jam...sedangkan jam lagi 10 minit nk pukul 12 tgh mlm...nk kena ada sistem transit plak ker? Meaning, pemandu dan penumpang kena transit kt highway hotel [kalo ada hotel] dan kos perjalanan plak meningkat sbb x penah2 g kelantan kena transit. Atau bas kena berhenti tepi jalan and tido dlm bas..Boleh nmpak nanti, bas beratur di tepi jalan, sbb kena hentikan perjalanan..Kalo aku, bek aku naik flight jer. Setimpal dan berbaloi2.
  • Okey, kalo kata bas dh x leh beroperasi lepas kol 12 tgh mlm...nk start nya perjalanan semula for the next day tu, pukul berapa plak? pukul 4pg, 5 pg, 6 pg?
  • Org2 yang mencadangkan benda ni tak pikir ker? Katalah dikuatkuasakan peraturan baru ni, terpikir tak korang..yg bas2 ni semua akan berebut keluar ke destinasi masing2 pada waktu siang...dan akan mengakibatkan lebih banyak bas dijalanraya pada siang hari...dan akan mempertingkatkan kadar kesesakkan jalan raya yg lebih teruk...walaupun skrunk mmg dh teruk giler babeng [kat KL la kan]...
  • Bila dah adanya peningkatan kesesakan, dalam masa yang sama...akan ada peningkatan kemalangan..kalo x caya boleh try tengok.
  • Then, kalo excident jugak..nk salahkan pemandu bas lagi ker? Tak pun, kluar complain baru plak, bg tau...bas x sepatutnya kluar serentak hari siang..sbb sesak jalan raya..kena bertolak mlm....ermmmmm, mcm2.
  • Tau tak apa conclusion nya? Benda kalo nk jadi..x kisah siang ker mlm ker, pagi ker petang ker? highway lurus ker, rata ker, ada divider besi ker konkrit ker..benda tu tetap akan jadi..
  • Apapun, kita sebagai manusia hanya boleh merancang...segala-galanya Tuhan yang tentukan. Yang penting ada kesedaran diri dan boleh berfikir dengan waras, pastikan diri sentiasa bertindak dengan betul, cukup tido, tak makan dadah waktu memandu, tak gaduh ngan bini sebelum gi keje dan yang akhir sekali, bertawakal kepada ALLAH. Kalo jadi jugak, itu adalah takdir.
  • " Jika ALLAH sudah berkata 'Kun Fayakun', jadilah, maka terjadilah ia. Maha Suci ALLAH, yang ditangan-Nya segala kekuasaan, kepada-Nyalah semua urusan dikembalikan" [Surah Yaassin 82:83] :- Renung-renungkan dan selamat beramal.