Monday, August 3, 2009

Haram Punya Perhimpunan...

  • Menyusahkan!! Of course amat-amat menyusahkan!
  • Dah tak tau apa nak jadi dengan masalah politik kat Malaysia nie. Bosan dengan perangai orang-orang yang kononnya bijak pandai tapi bertindak macam orang yang tak pernah belajar. Bosan dengan sikap dan perangai orang-orang yang suka amik kesempatan ada sesuatu yang berlaku. Nama jer YB wakil untuk setiap Parlimen, Kawasan, Daerah dan mana-mana lagik tempat yang berkaitan. Berikrar nk jadi YB untuk menolong rakyat, menyelesaikan masalah rakyat, berkhidmat untuk rakyat dan apa-apa jugak la benda-benda yang baik, konon nya nk buat. Tapi, apa yang berlaku Sabtu ari tu menunjukkan betapa KEHANGSUWANGAN orang-orang nie. Kenapa aku salahkan dia orang? Sebab, dia orang la yang MENGEPALAI segala bala nie semua. Betapa KEPARATnya orang-orang yang menimbulkan suasana huru hara hari tu. Aku tak marah kalo dia orang nk buat protes sekali pun. Hak Asasi Manusia membenarkan sesuatu protes dilakukan, menyampaikan sesuatu KETIDAK PUASHATIAN, MEMBANTAH sesuatu tindakan..tapi ada cara yang betul kalo nak buat. Aku pun, mengamalkan politik yang NEUTRAL. Aku tak pro siapa-siapa. Tapi once kau buat salah, kau berhak untuk di KRITIK.
  • Yang paling memalukan, ORANG MELAYU LUPA DIRI DAN LUPA DARATAN. 99% yang buat huru hara dan masalah di NEGARA sendiri ORANG MELAYU. Orang-orang yang BERKOPIAH, BERTUDUNG litup siap BERPURDAH. MasyaALLAH. MALU!!.malu sangat-sangat. Perhimpunan bertujuan untuk menyerahkan memorandum bantahan menghapuskan ISA. Tapi ada dah jadi? Sampai ker matlamat nak serahkan MEMORANDUM? Tak Sampai!!. Sebab, tujuan utama dan niat orang-orang ni hanya nak buat HURU HARA.
  • Dengan BUAT HURA hara macam tu, dia orang langsung tak pikir masalah orang lain. Yang pergi MENGHURU HARA nya dalam 5,000 JEMBALANG, tapi orang-orang yang telah disusahkan lebih 10,000 MANUSIA. SESAK sana, SESAK situ..BLOCK sana, BLOCK situ. Yang buat protes nya ORANG-ORANG TUA. Tapi yang sedihnya, budak-budak muda MELAYU yang tujuan pergi KL nak jalan-jalan dari KAMPUNG CERUK mana ntah, nak jugak amik kesempatan TIMBULKAN lebih banyak masalah. STUDENT IPT pun, tak kira la A atau S..sama jer. Cadangan aku la untuk student-student yang terlibat, STRICTLY buang terus dari pengajian tanpa diberi pengampuan dan diharamkan untuk dia orang sambung pengajian sampai bila-bila. Sampai mampus pun tak apa. Biar dia orang rasa, cam mana perit nya nak teruskan HIDUP. berani BUAT berani TANGGUNG. BAGI pemimpin yang MENGEPALAI huru hara untuk MANSUHKAN ISA ni, sumbatkan terus dia orang balik dalam ISA untuk seberapa LAMA yang boleh. Sebab kalo dia orang dilepas dari kadang, pastu later-later akan buat balik.
  • Nie pengalaman aku that day.
  • Hari Sabtu, 1 August 2009. Aku keluar dari rumah untuk jemput my Grandmother di hotel penginapan dia kat Jalan Sultan Ismail/Jalan Ipoh. Check out sebab nak balik Kuching flight pukul 6.50 ptg. Jam waktu tu pukul 1.15 ptg. Aku masuk kat Jalan Kuching waktu tu tak ada apa-apa masalah lagik. Keluar dari Jalan Ipoh masuk semula ke Jalan Kuching menghala ke Petaling Street ikut jalan shortcut ke Maidin Pudu. Sepanjang perjalanan, kiri dan kanan memang ramai POLIS. Jalan depan MASJID NEGARA waktu tu pun clear lagi. Dengan HELI nya berlegar-legar. My Grandmother berhajat nak singgah beli beberapa barang sebelum beredar ke KL Central untuk naik bas ke LCCT. Plan untuk naik bas pukul 4.00 petang. Memandangkan masa masih banyak, so kita orang singgah beli beberapa barang, sempat lunch di Pasar Seni dan plan terakhir untuk ke Jalan Masjid Jamek/Jalan TAR untuk membeli barang yang terakhir sebelum bergerak ke KL Sentral.
  • Jam waktu tu pukul 2.50 petang. Dalam kereta di depan Nando's Pudu untuk ke Jalan Masjid Jamek. Masuk ke Jalan Lebuh Ampang, jalan waktu tu dah sesak giler. Masing-masing tak dapat nak bergerak. Yang paling aku risau, minyak kereta dah kritikal..Dalam keadaan sesak, tak mustahil kereta mati tengah jalan. Memang menyesal waktu tu tak beli minyak kereta awal-awal. Kereta bergerak sikit demi sedikit. Jam kat tangan dah pukul 3.05 ptg. Dalam hati cakap, "sempat ni beli barang then terus blah ke KL Sentral" before 4.oo ptg. Last-last sampai jugak dekat Jalan Masjid Jamek berdepan Maidin. Turunkan my Mum dan my Grandmother, aku tunggu dalam kereta, dengan harapan lepas beli barang terus pergi. Malangnya....
  • Sebenarnya, bila aku bawak masuk kereta ke Jalan Masjid India, tu adalah satu musibah. Musibah sebabnya..aku berkereta dan teperangkap kat dalam tu. Bila dah masuk kesitu, hanya ada satu jalan keluar. Persimpangan menuju ke Jalan TAR dh ditutup. Hanya ada satu simpang yang menujuk ke Jalan Sultan Ismail dibukak, tapi jalan tu tak boleh bergerak. KAKI protes, waktu nie dah start berkumpul di depan Sumua House. Polis ada kat sekeliling. Aku dah cuak. Aku pikir..macam mana nk bergerak ke KL Sentral sedangkan tak ada jalan keluar. Jam dah pukul 3.30. Kalo aku menunggu, aku tak rasa akan sampai di KL Sentral pukul 4. And then, tak mustahil flight pun akan terlepas. Plan aku, nak tinggalkan kereta kat Jalan Masjid India and kita orang berjalan ker Stesen Putra LRT Masjid Jamek. Tapi, masalah besarnya dalam tu dah tak ada parking kosong. Jam dah nak hampir pukul 4. Last2 aku call bapak aku yang kebetulan berkerja waktu tu ditempat pun berdekatan jer, mintak dia jaga kereta sekejap sementara kita orang pergi ke Putra LRT Masjid Jamek.
  • Dengan penuh harapan, untuk sampai di KL sentral secepat yang mungkin..aku, my Mum and my Grandma terpaksa berjalan dengan aku terpaksa mengangkat kotak seberat 15kg, my Mum and my Grandma masing-masing dengan beg pakaian semuanya milik my Grandma. Pilihan waktu tu memang dah tak ada..so terpkasa berjalan. Dengan mengangkat kotak yang agak berat, tangan aku dah sakit and lenguh-lenguh, berjalan laju ke Putra Masjid Jamek. Sampai-sampai jer kat situ, satu lagi masalah besar yang kita orang hadapi. Putra LRT ditutup. Aku dah memang cuak, nak pikir and cari idea untuk keluar dari situ. Jalan depan tu semua ditutup. Teksi memag lah tak ada. Kepala aku ligat berpikir nak cari idea. My Grandma dah assume, memang akan terlepas flight. waktu tu pukul 3.50 ptg. Ada lagi ke masa nk ke KL Sentral kalo dah semua jalan ditutup. Last-last aku dapat idea, nak tak nak terpaksa menapak lagi dari Putra Masjid Jamek ke Pasar Seni dengan mengangkat kotak berat tu. Waktu memag dah tak tahan. My Grandma tanya, ok tak? berat tak? Semua aku jawap "ok", "tak berat", semata-mata tak nak my Grandma risau. Kalo hari biasa, memang tak rasa jauhnya..Sebab boleh dikatakan aku memang dah biasa berjalan jauh and dalam area-area tu. Kekadang lunch one hour waktu kerja pun aku berjalan jugak dari Masjid Jamek ke Pasar seni. Cuma kali ni berbeza. Berbeza sebab aku berjalan bawak kotak seberat 15kg, sebab waktu ni perasaan hanya pikir nak dapatkan teksi untuk sampai cepat ke KL Sentral and then waktu ni memang tengah kelam kabut, takut ditinggal flight. Perasaan malu mengangkat kotak besar waktu tu memang dah tak ada. Orang ramai yang tengok. Yer la, sapa tak malu, kotak nya entah bertampal apa2 ntah. Dengan sekejap-sekeja letak kat bahu, sekejap-sekejap dipeluk kotak tu. Aku waktu tu dah macam orang yang mengutip kotak terbuang. Dan aku pun dah macam orang terbuang. Tangan pun sakit sangat-sangat waktu tu. Last-last, sampai jugak kat depan Pasar Seni, aku rempuh jer kesesakan yang sedikit waktu tu, and tak lama lepas tu dapat jugak teksi. Waktu dah dalam teksi tu, aku syukur sangat-sangat. Harapan nak sampai ke KL Sentral dengan cepat. Nasib baik jalan tu tak berapa nak sesak. My Grandma pun dah nampak macam 'cool' sikit. At last..sampai KL Sentarl pukul 4.05. Sampai-sampai jer, teksi drop kat tempat bas tu, my Grandma terus masuk bas and segala keserabutan dan ketandusan waktu tu dah dapat dilepaskan.. :)
  • Kalo tak kerana kaki protes nie, hari Sabtu tu..aku tak akan alami pengalaman mengangkat kotak seberat 15kg sejauh 2km. Sampai sekarang, lengan aku masih sakit and lebam, so siapa nk JAWAP?