Tuesday, April 29, 2008

I Saw This Accident...

Mati angkara bertelefon
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang mekanik menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal membawa padah selepas maut terpelanting sejauh kira-kira 20 meter, di Jalan Kuching di sini, petang semalam.Dalam kejadian kira-kira 2 petang, Low Kai Hor, 20, dari Batang Kali, Selangor, dipercayai menunggang motosikal Honda EX5 secara bersendirian menuju ke ibu kota.Difahamkan, sejurus tiba di jalan berkenaan, lelaki itu dipercayai menghubungi seseorang melalui telefon bimbitnya tanpa memberhentikan motosikal yang ditunggang. Bagaimanapun, tindakan mangsa mengakibatkan motosikalnya gagal dikawal sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan di kawasan berkenaan.Mangsa tercampak kira-kira 20 meter dan mati serta merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Seorang saksi kejadian, P Chandran, berkata dia yang sedang memandu lori treler nyaris terbabas dan sempat mengelak daripada melanggar lelaki berkenaan.“Ketika itu saya dalam perjalanan dari Selayang ke Sentul untuk menghantar kayu di sebuah kilang di kawasan berkenaan.“Saya nampak mangsa tiba-tiba berpatah balik dipercayai tersalah memasuki simpang sebelum terlanggar pembahagi jalan. “Namun, saya amat terkejut melihat lelaki berkenaan terpelanting jauh hampir mengenai lori dan saya segera mengelak daripada melanggarnya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.Menurut Chandran, dia melaporkan kejadian itu di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut dan mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya akan menyiasat punca kejadian sama ada berkaitan kecuaian.Berikutan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta datang ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
"Mek lalu kat tempat nie ketika dan saat kecelakaan, nampak pokchik Polih ngagkat motornya masuk dalam van..mayatnya, ambulans dah bawak meremphit ke spital katanya"

Monday, April 21, 2008

Wajah-wajah Bandungan

Siri Jelajahan Bandungan Hari Ke-2

Ada sesuatu yang pelik dengan gambar kat bawah nie, cuba tgk betul2..

Jumpa tak?Kalo x jumpa, cuba korang tgk betul2 kat tengah kesesakan kenderaan tu, terselit seorang pakcik pemandu beca melawan arah kayuhan..[gilo siot pakcik nie], tapi pemandangan biasa kat sana..
~#~#~#~#~#

Gaya Seorang SuperModel CatWalk sambil mengusha brang2 yang dijual :)


#~#~#~#~#

Memilih anak2 tudung untuk persiapan ke Kantor sekembalinya ke KL [murah siot tudung2 nie, RM1.70 ajer, kalo kat Masjid India RM10 hengget satu]


~*~*~*~*~*~*~
Tauke Tudung merangkap Model PartTime tudung Cap Kain Ejo [jelita katanya]

~@~@~@~@~@~

IkLan: Siot jer, ada internal error waktu nk upload pix..pix2 lain akan ku sambung later ya..