Tuesday, July 28, 2009

Geram

  • Pagi ni aku nk luahkan jugak. Sakit hati n geram..Bukan bermaksud nk kurang hajar tapi aku ada hak tok bersuara. Lepas aku luahkan kt sini, baru aku rasa selesa sikit nk buat kerja. Masalahnya, benda ni dh buat spoilkan mood aku pagi2. Jarang sangat mood aku hilang pagi2 gini, biasanya nk tido mlm la baru mood2 x elok tu dtg, sbb ngantuk and nk tido tp x leh lelap, tapi ni lain...GERAM!!

  • Pagi td, on the way pigi kerja, aku tumpang bapak aku. Sebb motor aku tinggalkan kat office. Bapak ckp nk singgah beli minyak dulu. Biasanya aku yg 'bwk' motor tu, so aku singgah la kat PETRONAS Sri Gombak. Masuk jer stesen tu terus ke PAM minyak. Sampai situ, nampak satu motor nie tgh nk isi minyak nyer. Biasanya satu PAM tu ada 2 salur minyak, tapi tempat yang aku berenti ni, satu jer yang boleh guna. So kena la tunggu mamat sorang nie penuhkan tank dia. Waktu tu plak, tiba2 semua PAM tu penuh [time pagi2 gini baru semua kalut nk isi, termasuklah aku]. Then, aku tgk mamat yang nk isi minyak tu x isi lagi, rerupernyer dia baru nk bayar. So extend lagi la masa menunggu. So, aku pusing la kat sebelah..kot2 kosong. Tapi bapak aku dh byrkan kat tempat mamat tu, tapi kena 'Q'..td aku dh pusing sebelah, then aku patah balik kat tempat mamat tu.

  • Elok2 jer mamat tu standby nak belah lepas isi minyak, tiba2 aku nampak sebijik Perdana V6 merapat kedepan kt sebelah aku parking kan motor. [konon dh cukup bagus la pakai V6 nie]..dalam hati aku cakap "something goes wrong somewhere" kejap lagi nie. Bapak aku kat depan dh tgh buat transaksi pembayaran, kiranya anytime aku leh isi. Sebb aku pun dh 'double stand' motor n bukak penutup tempat nk isi minyak n dh pun standby nk angkat 'pistol' tu..TAPI!!!!!....aku dengan heran n pelik, tgk orang tua pakai kopiah bepelikat [baru balik sembahyang subuh agaknya]...kluar dari V6 tu, merapat ke PAM, kuarkan wallet n tarik kredit card, masukkan kredit kad kat PAM, tekan angka giliran DENGAN SELAMBA....Dalam hati aku cakap "what the hells going ON?"..aku nampak bapak aku kat kaunter pembayaran lagi..aku tanya n bg isyarat kat bapak aku, dengan niat bertanya kat PAM belah mana..?bapak aku pun tunjuk guna tangan dia, memberi maksud "PAM yang kau parking tu la bongok.." [eh2, tu aku tambah k]. Waktu tu aku paham isyarat bapak aku, cuma yang aku tak paham isyarat orang tua nie..

  • Then, aku x nk amik masa panjang waktu tu..aku tanya la dengan baik n sopan santun. "Pakcik, kejap yer..bapak saya dh bayar kt depan tu.." Lepas tu!!! nk tau apa orang tua tu cakap? "engkau tak nampak ker aku dah lama menunggu kat situ, n kau main masuk jer"....wahhh aku cakap, orang tua nie dah main kasar. Waktu tu dh mula la, darah gemuruh aku kluar..tunggu masa nk menyembur. Tapi aku pikir dia tua, aku simpan dulu..Dengar dia bebel. Dia cakap "tengok la org dulu, ni main masuk jer..kurang hajar"...ermmmmm, part dia sebut kuang hajar tu la aku x menahan. Bila masa plak aku kurang hajar ngan dia. Kalo dia kata aku potong 'Q' dia, demi ALLAH, aku mmg x perasan n x nampak dia tengah 'Q'..kalo aku perasaan pun, aku akan beranggapan dia bukannya tgh 'Q' kat tempat PAM tu, sebb rasa2nya kedudukan kereta dia yang konon2nya tengah 'Q' tu berada kat PAM belakang. Kalo U'll tgk orang tua nie 'Q' pun, korang x kan rasa dia berniat nk isi minyak kat PAM yang aku tengah parking tu..But the point is, aku mmg x perasan..n then bpk aku pun x nampak kereta tu tgh 'Q' kat situ. Katakanlah aku mmg nampak, buat apa aku nk cari pasal atau nk cari masalah atau nk cari gaduh pagi2. Kalo betul2 aku tau dengan kewarasan dan kesedaran aku yang dia tengah 'Q'..aku x akan potong 'Q' tu and aku akan tunggu turn aku. Sebb, aku x pernah buah mcm tu..especially bab potong memotong nie.

  • Ok, fine! katakanlah mmg aku salah..aku dah potong 'Q'..Dia boleh bertutur secara baik atau kalo dia mempunyai kesabaran yang tinggi, dan tabah..[sebb cara dia dress up tu sikit sebanyak nunjuk keperibadian dia] and then dia boleh [kalo dia nak la, tapi dia x nak] biarkan aku isi dulu minyak tu dengan tenang. Sebb, nk isi minyak motor ni x sampai pun 30 saat. Bukan aku nk isi minyak bas yang dia takut menunggu lama. Boleh jer kalo dia guna kematangan dia untuk bertindak. INI IDAK!!!! nk jugak berebut. Tu la yang aku kesal n geramkan sangat2. Bila lepas dia cakap aku kurang hajar, sedangkan aku x kurang hajar [dengan konon2nya dia kata aku potong 'Q' dia, dia leh kata aku kurang hajar, tu aku mmg x leh terima]..So aku sound la dia balik. "Owhhh yer ker dah 'Q' lama?? mintak maap lah yer....." [dengan nada sinis aku perli dia]..terus dia menyambung bebelan dia kata aku ni x hormat and bla..bla..bla..

  • STOP & WAIT!! ..wait the minute..

  • At the first place, siapa dia aku nk hormat? Mungkin kah sebab dia org tua dan berkopiah? Kalo ikut hidup nie punya rule, mmg kita perlu hormat kepada org yang lebih tua..tapi itu rule..Aku tau mana buruk mana baik. Once orang tua macam tu buat perangai, cakap aku kurang hajar sedangkan aku tak [sebelum aku sound dia laa kan], n then try to provoke n berebut nk isi minyak dengan aku, [mmg lucu la org tua ni, mcm kanak2 nk berebut rebut,langsung x mature] and he also x nak mengalah..so no point aku give my respect to him. Aku punya prinsip senang, fair & lovely..maksud nya..Kalo engkau nak aku respect kau, kau kena respect aku dulu..x kira kau tua atau muda n bangsa apa sekali pun!! itu prinsip aku..Tapi kekadang, aku akan mulakan kata2 baik kat orang, tp org akan kuang hajar..then jgn plak terkejut kalo aku pun sergah lepas tu kan, so pikir la balik salah siapa!!

  • Berbalik pada orang yang konon nya tua nie..dia rasa angkuh sebb dia naik v6, aku naik motor..So, dh kira cukup memberangsangkan and cukup bagus and ckup sempurna la bila ko dah guna V6 tu? tu belum naik BWM x pun MERCEDES, rasanya kalo guna keta ni, dia terus rempuh n langgar jer kot org2 yang dikatanya potong 'Q' tu...Zaman nie, kau pakai la bapak segala kereta sekali pun..ko nk pakai Big Foot, Junk Food, n ntah apa2 lagi keta yang bagi ko dh cukup besar..jawapan nya ADA AKU PEDULI!!! orang x pandang keta kau tu...org nilai kau dr perangai ko macam mana, bak kata Haris.."Sundellll"...

  • Then, aku smbung adengan kat PAM td..lepas jer aku perli dia, n then bapak aku pun nk dtg kat PAM..aku jerit bapak aku dari jauh..aku cakap "CANCEL..x payah isi"..waktu tu bapak aku tau apa berlaku kat PAM tu..Aku dh bengang sangat2. Oleh kerana aku nie jauh lebih muda dari dia, n dia or tua yang perlu sangat dihormat..aku start motor n blah...Aku x jadi la isi minyak kat situ. Aku nk mengalah dengan org tua yang kononnya perlu diberi penghormatan. Waktu aku cakap kat bapak aku suh cancel, aku jerit dr jauh dengan penuh sinis..dia akan terasa. Lagi satu, aku x nk tunggu lebih lama, sebbnya..(pertama) aku x nk bergaduh dengan org tua n x nak menampakkan kat org sekeliling tu yg aku kurang hajar sbb berjawap ngan org tua tu..Seolah2 aku mmg salah. (kedua) aku x nak bapak aku datang kt PAM n masuk campur, last2 kang bertembak guna PAM punya 'pistol' tu..Siapa susah? Mekk jugak kan. Aku pecut tinggalkan org tua yang x sabar2 nk isi minyak nyer..and terus ke kaunter tempat bapak aku berdiri nk bayar minyak. Bapak aku dah bengang. Dia kata napa aku tak cabut jer kad kredit dia tu n lempar kat muka dia..sebb bapak aku ckp "x tau ker org dh bayar" n "kalo betul dia 'Q' aku x nampak pun keta dia"....tgk,bapak aku pun cakap mcm tu :) .. Tak semena2 mamat bangla cashier tu pun kena bambu..bapak aku amik duit balik..huhu [bak kata bangla tu "sya tarak breakfast juga, tp marah ini pagi hari juga kena"]..kahkahak..Tapi waktu tu aku just layan perasaan panas ni, n trus g stesen sebelah. Dh isi minyak pelbagai, lalu stesen PETRONAS tu dengan hati yang x berapa nk puas, aku toleh org tua tu n then masih nampak dia kat PAM tu isi minyak..Tgkla..kalo dia benarkan aku isi minyak pun, dia x kn menunggu bertahun lama nya... "X perla pakcik, pakcik buat sya mcm tu, esok lusa pakcik plak akan kena dengan org lain..." Sekarang nie pakai "cash" jer...

Wednesday, July 1, 2009

Kerojer

  • Udah idak larat nk ngadap database nie hehari..Sumbing dah mata nie ngadap nyer. Tp mau idak mau, kena ler teman hadapi. Udah nama kerojer kan. Tanggungjawap katanya. Skrunk ni masih dalam proses build up lagi, tgh bulan July nie dia punya due utk siapkan rangka. After dah settel pelbagai..baru proses nk masukkan data. Apa2pun x banyak lagi yang tinggal. Skrunk ni pun teman tgh dok perabeh 'report' plak. X boleh buat sekali gus, takut nti sembelit plak anak mata hitam teman nie, kannn..
  • Biasa lah, lepas lunch hour smua org ngantuk, temasuk teman. Yang teman heran nyer, teman idak la lunch lagi..tapi ngantuk jugak. Plan nyer nk makan salad, nk turun beli kat Cold Storage bawah...tapiiii idak ler teman larat nk trun. Dengan kena transit lif nyer...n yang paling teman idak gemor bebenor..tgk manusia ramey bebenor dekat bawah. Ayooo...Crowded ler!. Teman lagi sanggup berlapor dr berhimpin2 dekat bwah nuu. Unless kalo ader yang urgent sajer, baru lah teman menapak turun. Ini udah masuk menguap yang ke 42 kali,huhu.
  • Takat ini la dulu yer, teman nk menghampar tikar kt belakang nie. Nak lelap bentar..[ Boss plak idak lah yer ada, huhu seronok! ]