Monday, January 18, 2010

Arghh..

Ermm..akhirnya, hujan jugak petang ni. Alhamdulillah. Satu rahmat dari ALLAH. Atleast, mlm nie sedap la sikit tido..Harap2 hujan berterusan :)

Actually, petang ni ada aktiviti 'lumba lari'... --> ???
Jogging la.. tapi dicancelkan, dek sebab2 yang tak leh nak di elak kan
kena la pospone esok. Harap2 esok x cancel dh.

Dan sepatutnya, di masa dan ketika ni..aku dah di atas mtor dh sebenarnya..balik umah la..apa lagi. Tapi hujan, kna la stay back kejap. Baju hujan ada, tp kalo redah time hujan lebat gini..serupa x payah pakai baju hujan.

Tengahri tadi, around 1.15pm...my office mate [senior] ajak g The Saujana Subang..Sbb nk buat inspection kat hotel tu..sbb tis friday, company buat meeting disitu. Kena la make sure meeting room and lain2 keperluan in good condition. Belajar dr kesilapan :)

Hari ni jugak, kerja dalam keadaan kurang selesa..sebb, tiba2 selsema. Kalo selsema biasa x per..ni tiba2 jer dh ****us tu dh 'tubik' dr terowong. Memang x selesa. Mlm td, dapat makan pil solubel jer sebelum tido. Tapi, nan-adooo..x berkesan sgt. Rasanya sbb angin kipas tu terlalu focus direct to me waktu aku titon kott..Ni ha, kalo redah hujan, mau nya tak lagi teruk selsema ni..

Nak update isu semasa, byk dlm hotak ni...tp hotak plak tengah tepu dek selsema ni laa..Mcm org hilang ingatan dibuat nya :).

Oklah, takat ni dulu la tok kali ni..Leter on aku continue...


Adiosss, beramboss.

Tuesday, January 12, 2010

Penggunaan Perkataan ALLAH

Bosan nya haii seorang yang bernama aku nihh...Baru petang ni la 'admin' allow server untuk login ke Blog. Tension aku! Berapa banyak dah idea yang aku nk post kn kat sini, semua hilang cm tu jer. By the way..aku create la jugak something kt sini, untuk hari ni.


Peristiwa yang agak panas lately yang aku nk share ngan bloggers and readers..Berkenaan dengan penggunaan perkataan ALLAH oleh Herald Catholic bulan lepas. Dan jugak serangan ke atas rumah-rumah ibadat oleh mereka2 yang tidak bertanggungjawap.


Kalo pasal penggunaan perkataan ALLAH oleh bukan org yang sepatutnya...Aku sememangnya membangkang sehabis dan sekeras2 nya. Dia org [bukan ISLAM] tak ader hak mutlak untuk guna perkataan tu. Hanya orang2 islam jer yang berhak. Tu yang sebetul2nya.


Tapi, apa yang aku nampak, dia org ni [org2 Kristian yg membawa kes ni ke mahkamah] sajer jer nk bakar api kemarahan orang2 Islam. Sebenarnya dia org sedar, apa yang dia org buat, akan menyebabkan orang2 Islam marah. Dia org sedar, kesan dr apa yang dia org buat. Tp dek kerana nk SENGAJA cari penyakit...dia org failkan ke mahkamah untuk fight keputusan KDN dari menghalang dia org untuk gunakan perkataan ALLAH dalam majalah diaorg.


Lepas keputusan tu, apa yang dia org nk betul2 berlaku dan terjadi. Kesannya, beberapa gereja diserang dengan molotov cocktail dan sebuah surau dibaling dengan batu. Benda ni sebenarnya apa yang RAKYAT MALAYSIA takutkan. Apa yang ditakutkan betul2 jugak berlaku. Sedaya upaya rakyat MALAYSIA untuk elak benda2 yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat yang berbilang bangsa. Dah lama dah negara kita ni aman damai dan makmur. Tapi, tindakan Herald Catholic ni sajer nk memporakperandakan keamanan dan kemakmuran yang dh kita kecap selama ni. Boleh kita katakan, kalo berlaku nya hura hara kt Malaysia ni, lepas keputusan mahkamah tu, kita boleh letak sepenuhnya kesalah ni atas kepala orang2 Herald Catholic.


Aku percaya sangat2. X semua penganut Ajaran Kristian menyokong dan bersetuju dengan keputusan mahkamah baru2 ni. Sebenarnya, benda ni tak perlu dibawak ke mahkamah..kalo dia org nak. Dia org boleh request to discuss tentang benda2 ni dengan ketua2 agama kat Malaysia ni. Kalo dah sampai bawak ke mahkamah, nampak sangat dia org ni tak hormat dengan Agama dan kaum lain. Ingat Malaysia ni negara Israel laknatullah tu ker? Boleh suka2 hati korang nk buat mcm ni. Kena ingat! Agama rasmi di Malaysia ialah AGAMA ISLAM. Orang2 Islam sentiasa menghormati agama2 lain..Tp naper korang tak boleh?


By the way, berkenaan dengan serangan ke atas Gereja & Surau tu plak. Pandangan aku la...aku mmg tak setuju. Dengan buat mcm ni, masalah tak boleh diselesaikan. Makin memburukkan keadaan ada la. Orang yang bertindak mcm ni, mmg BANGSAT dan BODO...tindakan org2 ni seolah2 mecerminkan ISLAM ni ganas dan seolah2 orang2 ISLAM setuju dengan tindakan bodo dia ni. Apa yang dirisaukan, kita tak tau siapa dalang perbuatan ni. Takut ada org2 yang sengaja nk me'manas'kan lagi keadaan. Entah2 bukan org2 ISLAM yang buat, siapa tahu? Bila benda ni [serang Gereja & Surau] berlaku...isu yang ada, makin berlarutan. Dah plak nti jadi isu perkauman. Walaupun aku marah dengan orang2 Herald Catholic ni, tapi aku pun x setuju jugak dengan cara keganasan serang2 rumah ibadat. STUPID! Elak kan la dari benda2 ni berlaku pada masa depan. Ada cara lebih baik untuk selesaikan masalah ni. Fikir la secara matang dan profesional. Jaga lah kemakmuran dan keamanan negara kita ni. Negara kita ni ada berbagai bangsa dan agama. Hormat menghormatilah sesama kita kannnn....