Sunday, September 5, 2010

Minggu Terakhir Berpuasa

Salam..


Hari ni, lebih kurang 5 hari lagi kita nk sambut Aidilfitri [kalo jatuh hari jumaat la]. X rasa pun, dh nk habis dh bulan Ramadhan. Rasa mcm tak syok plak bila hari2 puasa yg dh kita lalui sebulan ni akan berakhir. Sebbnya, bila bulan Ramadhan ni, aktiviti hari2 terasa mcm meriah, lain dr hari2 biasa. Meriah dengan adanya bazar2 ramadan yg bagaikan "cendawan yg tumbuh selepas hujan". Tempat2 berbuka pun berbeza2. Time puasa gini, kita berpeluang makan ramai2 ngan family, which is kalo hari biasa, kekadang tu x dpt nk makan semeja. Sbb masing2 busy ngan keje n time keje yg x sama. Then bulan puasa jugak, kita berpeluang untuk makan ramai2 ngan kawan x kira kat rumah atau makan kat luar. Alhamdulillah, tahun ni berpeluang lagi untuk get together dengan member, makan di luar. Boleh dikatakan, aku berbuka mengikut giliran dan berselang seli. Sehari di rumah dan sehari di luar. Keseronokkan tu mmg ada, walauun terpaksa kluarkan perbelanjaan lebih sikit untuk berbelanja makan, tp benda tu agak berbaloi.

Today pun berbuka kat Vistana dengan member. Dh plan awl2 puasa lagi. Syukur la, ramai jugak yg join berbuka hari ni. Lepas berbuka dan memasing kekenyangan, kita org nek Star menuju plak ke jalan TAR. Which is, mmg setiap tahun kita org dh amalkan..lepas berbuka kat Vistana jer, kita org akan terus ke Jalan TAR. Lagipun, ni minggu terakhir sebelum tibanya Raya. Sesiapa yang duduk di KL, dan jugak kawasan2 yg berdekatan dengan nya..Kalo sebut Jalan TAR jer, semua org tau..[TAR short form untuk Tun Abdul Rahman]. Jalan TAR ni akan lebih sibuk drpd biasa, bila tibanya Ramadhan & Syawal. For those yang mmg tak tahan dengan kesesakkan, berhimpit dan jugak panas..adalah tak digalakkan untuk datang kat tempat ni. Boleh dikatakan tempat shopping murah yg ekstrem.. :) aku ckp ekstrem sebbnya..kalo time nk Raya jer, tempat ni dipenuhi dengan manusia [lautan manusia la]. Bila berjalan jer, kalo x belaga dengan org lain tu bukan Jalan TAR namanya. Berlaga tubuh badan, bersentuh2han, terpijak kaki org, tersiku org kat kiri kanan dan yg seumpama dengannya. Aku pergi td pun, just stay tempat abang ni jual butang baju melayu, peluh yg melilih dh mcm org yg baru pas mandi yg belum di lap dengan tuala. Berjujuran peluh aku. Panas!.

Sapa2 yg tahap kesabaran yg low tu, x payah la nk dtg. Buat bikin org lain sakit hati. Mcm td, experience aku, ada sorang pakcik yg berkopiah ni. Datang dengan famili agaknya..Dia belakang aku, tp dalam setiap langkah perjalananya diiringi dengan ketidak puas hatian dengan org yg berjalan. Asyik menguluh n merungut, sbb org depan jalan lmbat dan berlaga2. What do u espect? Org x ajak atau x suruh pun datang kat Jalan TAR. Kalo rasa x sanggup kena langgar dan org depan yg jalan lambat, PLEASE..duduk rumah tgk berita kt tv lagi baik. Sebbnya, kalo dia merungut..bikin kecoh n mengeluh..org yg kt depan dia/sebelah dia pun akan sakit hati. Tu la aku kata, kalo rasa x sanggup nk berimpit..lupakan la hasrat murni nk ke Jalan TAR.

Satu lagi, yg aku tgk..Mak2 and Bapak yg ada budak kecik ni. Aku MMG betul2 x paham dengan perangai Mak2 and Bapak2. Petingkan diri dan tak pikir budak kecik dan tak pikir org lain. Sbbnya aku ckp mcm ni..diaorg mcm x da otak untuk berpikir..Pergi Jalan TAR yg penuh dengan manusia dengan bawak budak kecik yg umur baru 4 bulan ke 4 tahun mcm tu. Tau tak yg budak2 tu rasa tak selesa dengan suasana dan keadaan tempat tu. Kalo aku yg budak besar mcm ni leh rimas dan rasa nk balik lebih baik...ni plak budak kecik, yg tak reti nk bercakap kata tak..kena bwk kat Jalan TAR tu, dengan hujan nya lagi...Aku betul2 tak paham. Lepas tu plak, menyusahkan org lain dengan tolak troli budak kat jalan yg tak berapa nk luas tu...tak myusahkan org lain nk jalan ker? Muka2 masing macm toya, wat bodo dan rasa cam x bersalah. BODOH kan! Pikir2 kan lah sendiri....

To Be Continue.

No comments: